HALAMAN HIBURAN
Lihat, kalau betul laporan ini...
Gambar aksi panas dan seksi anak Datuk X tersebar.Penyanyi tersohor negara, Datuk X mempunyai seorang anak gadis iaitu X2 atau lebih mudah dikenali sebagai X3 memiliki raut wajah sama seperti ibunya.
Gadis berusia 22 tahun itu sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Datuk X sedikit dikritik peminat di laman sosial.
Walaupun Datuk X dikritik dengan teruk, beliau menganggap apa yang sedang dilalui oleh X2 adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.
“Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.
“Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji X4, orang tak peduli,” katanya dengan panjang lebar.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini adalah salah satu lagi contoh penyakit sosial cara berfikir artis Melayu Islam yang tersasar dan perlu diperbetulkan. Bukan saja diri, keluarga dan masyarakat bertanggung jawab menjernihkan, bahkan kerajaan juga patut bertanggung jawab. Kerana mereka adalah bakal pemimpin negara akan datang.
Apalagi ia sebuah kerajaan umat Islam seperti Malaysia, yang mahu membawa kemakmuran rakyatnya di dunia dan akhirat. (IH)
5 comments:
Macam sure je anak dia boleh mencapai umur 40-50. Sekarang ni lebih banyak buah kelapa muda orang petik buat minum airnya, yang nak buat santan pun orang tak petik masa benar-benar tua. Itu orang petik, kalau tupai nak test yang masih putik pun boleh gugur ke bumi.
pepatah melayu kata jgn jaga tepi kain orang
Itu pepatah utk Melayu murtad, bagi orang Islam perkara yg menjerus kpd dosa wajib ditegur.
itu pepatah melayu sampah, yang jadi daki dunia, melayu kafir atau murtad bolehlah berprisip macam itu.
Falsafah Islam adalah "Amal Makruf Nahi Mungkar" - "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
Firman Allah SWT: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (At-Taubah: 71)
Post a Comment