Wednesday, April 23, 2014

Anak Orang Asli Hulu Telom Jadi Pelacur? Siasat Segera..


SEGERA perlu dilakukan di perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, Cameron Highlands. Ia bertujuan bagi mengelak lebih ramai anak-anak gadis di kampung tersebut menjadi pelacur kepada warga asing seperti Nepal, Myanmar dan Bangladesh yang bekerja di kawasan sekitar. Demikian menurut beberapa sumber.

"Ini bukanlah cerita rekaan tetapi satu kenyataan yang cukup mengejutkan pnulis apabila dimaklumkan gadis-gadis Orang Asli di kampung tersebut cuma perlu dibayar sebanyak RM50 untuk mendapatkan khidmat seks sepanjang malam.
"Lebih mengejutkan lagi, hubungan seks itu boleh dilakukan di rumah gadis terbabit dengan izin orang tuanya sendiri.
"Dalam erti kata lain, tidak ada halangan daripada ibu bapa gadis Orang Asli untuk membiarkan anak gadis mereka ditiduri warga asing asalkan dibayar sebanyak RM50 atau dibelikan sebotol arak berjenama."
 Gambar hiasan, ini mereka yang baik-baik.

Tidak dapat dipastikan samada mereka itu beragama Islam atau tidak, tetapi besar kemungkinan bukan Islam. Walaupun bukan semua ibu bapa Orang Asli di kampung itu merelakan anak-anak gadis mereka ditiduri warga asing namun terdapat banyak kes terbongkar dengan sendirinya apabila anak-anak gadis ini mengandung luar nikah!

Tidak pula dimaklumkan sama ada berlakunya kes buang bayi di kalangan anak gadis Orang Asli, sebaliknya diberitahu mereka dengan senang hati melahirkan anak-anak hasil hubungan seks terlarang itu dan seterusnya membesarkan mereka sebagai ahli keluarga tanpa ayah.

Bagaimana boleh berlaku?

Perkara ini didedahkan oleh Penghulu Mukim Hulu Telom, Cameron Highlands, Mohd. Zuki Muhammad kepada media dalam satu pertemuan di Cameron Highlands baru-baru ini.

"Semuanya bermula dengan arak yang dibekalkan oleh warga asing yang bekerja di sini kepada ibu bapa di kalangan Orang Asli yang akhirnya terjebak untuk melacurkan anak sendiri.
"Kami hanya mendengar dan melihat tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Bukan mereka tidak pernah ditangkap tetapi akhirnya dilepaskan semula apabila ibu bapa anak gadis Orang Asli yang terlibat datang ke balai dan mengatakan itu hak mereka untuk melakukan apa sahaja.
"Itu anak kami dan kami tidak melarang dia untuk buat seks dengan siapapun yang dia suka. Itulah antara jawapan yang kami terima kerana untuk menghukum mereka di mahkamah memang sukar kerana mereka mendakwa bukan beragama Islam," cerita Muhd. Zuki.
















Memang sesuatu yang tidak patut berlaku ujarnya tetapi masalah itu sukar dibendung tanpa kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi kerajaan.

"Pos Terisu agak terpencil dan terdapat empat buah perkampungan Orang Asli di situ yang mempunyai penduduk sekitar 1,000 orang daripada beberapa buah keluarga.
"Terdapat juga penduduk beragama Islam dalam jumlah yang kecil tetapi yang menganut agama Kristian agak ramai sehingga terbinanya dua buah gereja di Pos Terisu," katanya.

Jelas Muhd Zuki lagi, masalah yang sering timbul daripada perbuatan seks di kalangan gadis orang asli ini adalah kehamilan.

"Mereka memang mahukan anak yang dikandung tetapi masalahnya mereka tidak akan mendapat sijil kelahiran selagi tiada sijil daftar perkahwinan.
"Seterusnya, bagaimana anak-anak ini akan bersekolah sekiranya tiada sijil kelahiran yang memang diperlukan sewaktu mendaftar nanti.
"Masalah ini telah pun wujud di Pos Terisu tetapi disebabkan ada budi bicara dengan pihak sekolah, anak-anak luar nikah ini dibenarkan ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Tetapi sampai bila mereka akan hidup begitu?" soal Mohd Zuki.

Hj Mohd Hasyim, editor IH
Difahamkan juga, perbuatan ini bukan baru tetapi telah bertahun-tahun berlaku tanpa didedahkan kepada umum.

"Kalau betul perkara ini, takkan pihak yang betanggungjawah tidak tahu. Mana kewajipan Jabatan Orang Asli, Jabatan Kebajikan, Pembangunan Wanita, Jabatan Agama, Dakwah, NGO  dan lain-lain?
"Atau memang yang sepatutnya bertanggung jawab, tidak mahu tanggung jawab.
"Yang penting, siasat dan bertindak segera." Jelas Editor Weblog Ibnu Hasyim.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

2 comments:

Anonymous said...

PAS punya dua tanggungjawab, sebagai parti politik dan pendakwah. Atas isu ini PAS boleh menanganinya melalui kedua-dua langkah. Golongan ulamak juga turut terpalit jika perkara ini tidak dihapuskan, kerana tugas fardu kifayah ke atas mereka. Syabas blog Ibnu Hashim yang dedahkan keaiban besar ini dan lebih baik lagi jika ada cadangan dan seruan praktikal. Ini tanggungjawab besar, amanah ALLAH SWT untuk para khalifahNya. Bukan setakat perbalahan politik PAS-UMNO.

Ibnu Hasyim said...

t.kasih. Al-hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails