Tuesday, April 22, 2014

Artis Ini,'Teman Baik' Cium Di KLIA Tangan Masuk Dalam Baju?


Bagaimanapun, semalam (beberapa hari lalu) peluang menemui Fazura di majlis pelancaran wajah baru mStar Online  tidak disia-siakan bagi bertanyakan tentang hal itu. Sebaik sahaja diajukan soalan mengenai kontroversi berkenaan, Fazura dilihat seolah-olah tidak senang dan berkali-kali bertanya kepada wartawan tentang aksi tersebut. 

"Bercium macam mana? Bercumbu macam mana tu? Bercumbu ni ada macam-macam jenis, yang mana satu? Saya tak fahamlah. Saya tak tahu cerita."

Namun sebaik dijelaskan serba sedikit, Fazura serta merta memberitahu baru mendengar mengenai isu panas itu hari ini dan enggan mengulas lanjut.
 

"Saya baru dengar hari ni, anda kata saya bercium, saya pun tak tahu bercium macam mana. Saya cuma bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu sahaja. 
"Saya tak ada komen, saya rasa tak ada pun aksi-aksi bercium. Tanya dioranglah, buat apa tanya saya. Tak payah tanya saya. Orang yang keluarkan cerita ni mesti lagi tahu, so tanya mereka je. Semua ni tak ada kaitan dengan saya."

Dalam pada itu, Fazura turut ditanya adakah perkara ini menjejaskan namanya sebagai selebriti, namun pelakon cantik ini tidak menjawab soalan itu sebaliknya menegaskan Tuhan lebih arif tentang perlakuan manusia.

"Terpulanglah kepada orang yang buat cerita tu. Kalau dia rasa cerita tu betul, jadi betullah. Saya rasa Allah S.W.T lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Saya tak nak komen lagi."

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  'Kawan biasa' atau kawan rapat. Itu yang disalah ertikan, sehingga tidak kenal halal-haram pergaulan dari sudut agma. Astaghfirullah! 

Lihat mengenai kawan biasa atau kawan rapat dalam Islam, di sini..


3 keping gambar-gambar di atas pun peluk cium juga, tapi tak ada tangan masuk dalam baju pun..

Lihat sebelum ini, cara fikir artis yang salah..

6 comments:

QalamQabut said...

Sampaikan...walau 1 ayat

Lagi banyak ayat pun takpe. Kalau bergambar lagi baik. Biar semua orang tau dema diperhati. Tak kira isteri PM atau ahli politik atau artis maupun manusia biasa kena faham sebagai orang Islam kita ada hukum hakam, sebagai orang Melayu kita ada tata-susila, sebagai orang Malaysia kita ada adat resam. Jangan fikir dah jadi Islam liberal dan Melayu moden kita boleh bebas dalam segala hal.

Anonymous said...

Biasalah Bro Artis ni mana ada baca kitab atau pergi Tazkirah sebab tu majoriti artis sekarang ni macam sial perangainya. Apa saja artis barat buat semua dia tiru kadang-kadang artis kita lagi advance. Hudud aje penawar kepada semua ni.

zamani said...

islam umnu songsang

Anonymous said...

Ada website lain telah membuktikn website rotikaya itu tidak benar. Pasangan yg bercumbu itu mmg pelancong asing. Ada wartawan di klia masa itu mengikuti pasangan tersebut hingga k restoran mcd klia dan didapati bukan fazura. Fitnah melata di akhir zaman......

Anonymous said...

Yelah.... tuan perlu cari pengesahan pencarian secara silang bg memastikan berita tuan menjadi alat gosip liar seperti majalah mangga. Apa beza tuan dan mangga? Tuan bukan buah!

Anonymous said...

kena bersangka baik bahwa masa dia org bercuti bersama tu menginap di bilik berlainan, tak bersentuhan atau sbgnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails