SUKAN
TAHUN 2014 penuh dengan kemeriahan, biarpun baru
bermula tetapi bagi penyokong tegar sukan bola sepak di seluruh dunia
pasti akan merasakannya.Kemeriahan, keseronokan, kesungguhan bersatu dengan minat melakar kejutan demi kejutan untuk permainan yang menggunakan bola berbentuk sfera dan dimainkan sebelas orang sepasukan.
Itulah warna kemeriahan bola sepak pada tahun ini, perebutan kejuaraan di liga BBVA (Sepanyol) yang dahulu hanya di rebut dua seteru utama iaitu Barcelona dan Real Madrid dikenali sebagai El-Classico kini semakin sukar dengan adanya pasukan bermatlamat tinggi standing usaha mereka, Atletico Madrid.
Atletico Madrid adalah musuh setempat Real Madrid kini turut bersaing demi kejuaraan liga.
Begitu juga berlaku di Liga Perdana Barclays (England) apabila bekas juara musim lepas Manchaster United mengalami musim yang sukar bersama jurulatih baharu David Moyes.
Nasib berbeza di alami oleh kelab Merseyside, Liverpool yang mencabar kejuaraan setelah bertahun mengalami kemerosotan biarpun mempunyai latar belakang yang gemilang, dek kerana itulah kebangkitannya menjadi satu fenemona luar biasa. Nasib Manchaster United seakan di kongsi AC Milan, kelab berstatus kelab pencabar kejuaraan di Serie A (Itali) mengalami kejatuhan prestasi kerana isu dalaman.
Brazuca nama rasmi bola Piala Dunia 2014
Begitulah analisis ringkas antara liga utama dunia sekarang, tetapi kali ini semuanya berbeza.
Tumpuan peminat atau penduduk seluruh dunia turut dicuri dengan adanya Piala Dunia 2014 di Brazil.
Piala dunia secara amnya merupakan pertandingan yang paling diminati untuk ditontoni di seluruh dunia berdasarkan penonton, penaja, atau setiap yang terlibat secara langsung atau tidak.
Segalanya jauh lebih banyak dari tumpuan dan perhatian yang di terima oleh pertandingan world class yang lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik sendiri.
Mungkin kerana minat penduduk dunia terhadap permainan bola sepak ini lebih mendalam berbanding sukan olahraga.
Piala Dunia Fifa 2014, membuka sejarah kerana kali kedua diadakan di benua Amerika Selatan selepas Argentina menjadi tuan rumah pertama pada tahun 1978. Biarpun pelbagai isu atau bantahan yang di terima negara Brazil sama ada dari dalam mahupun luar negara tetapi pertandingan ini masih perlu dijalankan.
Faktor meragukan Brazil sebagai di luar kemampuan sebagai penganjur kerana kemiskinan rakyat dan masalah keselamatan, mungkin akan menggugat kelancaran penganjuran pertandingan berprestij ini. Tetapi pertandingan profilik ini masih perlu diteruskan.
Brazil sebagai calon tunggal pembida tuan rumah Piala Dunia 2014
Di pentas piala dunia inilah pemain dari setiap negara cuba menonjolkan diri berasaskan bakat dan kemahiran individu untuk menarik perhatian peninjau bakat kelab-kelab besar di liga-liga utama dunia. Antara nama yang menyerlah ialah Mesut Ozil (Jerman) dan Javier Hernandez (Mexico).
Kali ini penyertaan ditumpukan tentang negara-negara majoriti muslim yang layak ke Piala Dunia 2014 seperti Bosnia, Perancis, Algeria, Iran dan sebagainya. Persoalan tentang prestasi yang bakal mereka pamerkan, pastinya menjadi tanda tanya. Persoalan utama turut bermain adakah pemain berpengalaman menguasai tumpuan dunia atau pemain muda berjaya mencurinya.
Peningkatan bilangan negara yang memasuki Piala Dunia berbeza pada setiap kali kejuaraan antarabangsa ini diadakan. Mungkin terdapat juga kekecewaan apabila negara-negara majoriti Islam yang lain seperti Mesir, Arab Saudi dan Oman yang gagal ke kelompok terbaik bagi kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun ketiga-tiga negara ini mempunyai sebilangan pemain bertaraf dunia.
Antaranya Mohd Sallah (Mesir) bermain untuk Chelsea dan Ali Al-Habsi (Oman) untuk Wigan Athelics. Nasib tidak menyebelahi mereka atau benarlah falsafah dalam bolasepak, kemahiran pasukan lebih penting dari individu? Namun perkara ini bukan suatu masalah malah menjadi motivasi bagi setiap negara Islam lebih bersaing dan meningkatkan kualiti permainan mereka.
Edin Dzeko(kanan) dan Asmir Begovic(kiri) seteru di liga Perdana Barclays tetapi berganding kudrat di Brazil.
Tumpuan pastinya lebih tertumpu kepada pasukan-pasukan dari kelompok negara majoriti Islam untuk melihat bakat-bakat baharu yang akan menyinar di pentas bolasepak termasyhur di dunia.
Negara seperti Bosnia pastinya mengharapkan sentuhan berbisa dari penyerang utama mereka Edin Dzeko yang memegang status pemain hadapan terpenting Manchester City di Liga Perdana Barclays; juga benteng terakhir pasukan Asmir Begovic, selaku penjaga gawang paling kental di Liga Perdana Barclays bersama Stoke City.
Kita harapkan kemunculan muka-muka baharu atau pemain muda (youth player) dari setiap negara dapat ditonjolkan dan memberi saingan pada pemain-pemain berpengalaman kerana inilah pentas sewajarnya bakat mereka di ketengahkan seperti yang dilakukan Javier Hernandez dan Mesul Ozil pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Kematangan pemain bagi menghadapi pertandingan bertaraf dunia seperti ini amat penting dibebankan lagi dengan kepadatan jadual, pastinya pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kita menunggu kemunculan bakat-bakat baharu yang mampu menyinar bagi membuka mata peninjau bakat kelab-kelab ternama dunia bagi merancakkan lagi persaingan di liga-liga utama dunia.
Tidak kira sama ada dari kelompok negara barat mahupun timur, setiap pemain mempunyai peluang yang seimbang berdasarkan tumpuan yang diberikan.
Yang membezakan mereka hanyalah usaha dan kegigihan. Moga penantian untuk melihat Piala Dunia 2014 ini berlangsung dengan penuh dramatik dan menghiburkan peminat bolasepak seluruh dunia. (HD)
Peringkat kumpulan atau pusingan pertama Piala Dunia 2014
Tiada.guna.tengok.piala.dunia.tapi.kita.tak.layak.disebabkan.fam.yg.sasar.layak.ke.piala.dunia.tapi.tak.layak.presiden.fam.sila.letak.jawatan.
ReplyDelete