Hasrat Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk melobi 87 ahli Parlimen beragama Islam bagi menyokong usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan bakal mendapat tentangan DAP.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar), berkata setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4).
"Seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS.
"Kami memerlukan sokongan 25 ahli Parlimen lagi melalui cara melobi
ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam bagi
menyokong kami membantah rang undang-undang ini," katanya pada sidang
media di Pusat Khidmat Parlimen Segambut, hari ini.
2 comments:
Ketika itu nanti akan terpaparlah wajah sebenar siapakah yg menentang hudud.
PAS terperangkap dgn strategi Nuar Musa......
Post a Comment