Thursday, April 03, 2014

Dr Mahathir Contoh 'political animal' -Dr Kamarul Zaman




KOTA BHARU: Seorang sarjana Sains Politik menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh "political animal" yang menepati banyak ciri pemerintah seperti disarankan Machiavelli.

Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan segala matlamatnya tercapai. Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau.

“Contoh paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik di mahkamah serta kesanggupannya mencipta pelbagai alasan untuk menamatkan kerjaya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas.
“Beliau mungkin merasakan matlamat untuk mengharamkan Umno boleh tergugat sekiranya Saleh Abas masih kekal sebagai Ketua Hakim Negara,” katanya di sini.

Baru-baru ini pada program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa beliau juga pernah cuba dipalitkan isu seks. Menurutnya pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.

“Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.
“Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang. Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir,” kata Musa.

Dr Kamarul Zaman berkata, dakwaan sebagaimana disebut Musa tiada yang pelik kerana tragedy itu benar-benar berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
“Malah ia sesuatu yang normal untuk dilakukan seorang ahli politik yang tidak mempedulikan aspek moraliti dalam perjuangan,” ujarnya.

Menurutnya juga Dr Mahathir diketahui umum menyimpan banyak rahsia musuh-musuh politiknya untuk digunakan sebagai senjata bagi memastikan mereka tidak menentangnya. (HD)

2 comments:

Anonymous said...

Apamacam mahadey nama mu mula dikenang dan disebut semua lapisan rakyat sebelum masuk kubur lagi bahkan anak yang belum tau membaca pun tlah mula kenal siapa mahadey kutty, selalunya maknusia dikenang jasanya yang baik setelah tiada dialam dunia tapi maknusia istimewa ini Allah lanjutkan umur dia supaya dia dpat lihat dan dengar seniri bagaimana rakyat yang dia pimpin dulu mengenang jasanya , boleh dikatakan semenjak akhir-akhir ini semua jaya yang ditaburkan adalah menjijikkan rakyat ,tiada satu pun yang baik dimata rakyat, adakah dia sedar atau masih gila hendak berkuasa macam firaun yang tak mahu mati.Insaflah wahai mahadey sebelum terlambat.

Anonymous said...

YE MANUSIA KLU DAH tak berpegang kpd tali ALLAH dan tak melaksanakan AMANAH begini le jadinya..diketahui ramai rakyat betapa berani nya dey ni dgn ucapan menghina menolak hukum ALLAH dan Rasullulah sekali..malah bertambah hebatnya bila diberi tepukan dan sokongan padu dari ahli2 karat bn tanpa rasa bersalah..malah dekat ni bersama golongan anti hadith dan menolak hukum ALLAH sekali dgn mahkluk kassim.berbangga dgn dan migule....malah khianat fitnah yg direka cipta hanya utk kedudukan dan penyelewengan amanah khazanah rakyat...jgn lupa BALAsan bencana ALLAH pasti ..didunia dan alam akhirat nnt..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails