Thursday, April 24, 2014

Dua Bapuk Ini Ditahan, Mengapa?


Dua ditahan berpakaian wanita
Amy dan rakannya dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk siasatan lanjut selepas ditahan di sebuah restoran kerana berpakaian seperti wanita.

DUNGUN - “Saya sanggup habis duit asal nampak cantik,” kata seorang mak nyah yang dicekup pihak berkuasa di sebuah restoran di bandar Paka, awal pagi semalam.

Dia ditahan Pegawai Penguatkuasa Syariah kira-kira jam 12.30 malam bersama seorang lagi rakannya setelah melakukan perbuatan tidak bermoral dengan memakai pakaian perempuan. Menurutnya yang mesra dipanggil Amy, dia tampil dengan imej wanita sejak lebih 10 tahun lalu dan perwatakan itu amat disenanginya biarpun kadangkala menjadi bahan ejekan pelanggannya.

"Saya berasal dari Pattani, Thailand dan datang bekerja di restoran ini sejak setahun lalu dengan gaji RM30 sehari," katanya.

Kata Amy, untuk memastikan dirinya kelihatan seperti wanita, pendapatan yang diperoleh sebahagian besar akan dibelanjakan untuk membeli pakaian wanita termasuk baju dalam wanita. Menurutnya, setiap bulan dia memperuntukkan kira-kira RM200 bagi tujuan tersebut selain selebihnya digunakan untuk membeli aksesori lain seperti lipstik dan minyak wangi.

"Saya ada ramai lagi rakan yang tampil dengan imej begini. Kami tak kisah apa orang kata, yang penting kita buat apa yang kita suka,” kata Amy atau nama lelakinya Sabri.

Amy yang ditahan bersama seorang lagi rakannya dikenal sebagai Nur bakal didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Pakaian wanita dan baju dalam wanita yang dipakai turut dirampas untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan nanti. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa, tak fasal-fasal mereka ditahan? Ringkasnya, kerana...

"Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam."

Lihat 'E-Fatwa' Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Tarikh Diwartakan: 10 Jun, 2010 Nombor Rujukan: MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001

"Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan ,  tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah" Jelas fatwa itu lagi.

Keterangan/Hujah: 

1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. 
Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.

Sabda Rasulullah SAW : 
 عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء 
Maksudnya : 
  • Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) 
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya."

 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. 

Sabda Rasulullah SAW 
 عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : 
  • Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) 
Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails