Thursday, April 03, 2014

Fenomena 'Yaa Hanaanaa..' Melalaikan?

by DR AZMAN IBRAHIM 

HALAMAN HIBURAN

Mari berhanana dan mari kita bersama berjuang!
Semasa program bersama PAS Kawasan Sepang sabtu lepas, antara topik diskusi yang menarik untuk dikongsi bersama adalah fenomena ‘Yaa Hanaanaa’…

Isunya, ada segelintir aktivis perjuangan Islam yang tak lagi menunjukkan komitmen dengan kerja-kerja dakwah, tarbiyah dan siasah kerana leka dan lebih berminat dengan ‘Yaa Hanaanaa…’ Kononnya kata mereka, kami rasa lebih tenang, relaks, tak ada orang marah dan tak terkejar-kejar masa ke sana kemari.

Saya akui, ya! Tepat sekali! Bila kita sekadar ‘Ya Hanaanaa’ tak ada siapa pun yang akan marah dan bencikan kita. Kita pun boleh relaks. Duit pun tak habis, ada banyak masa lapang, tak perlu ke sana ke mari dan macam-macam lagi.

‘Ya Hanaanaa’ tak salah. Silakan saja siapa yang berminat. Cuma satu soalan mudah saya nak tanya, apakah Islam boleh tegak dengan hanya kita berhanaanaaa? Sebab apa tak ada siapa yang marahkan kita? Sebabnya sekadar ‘berhanaanaa’, ia tak menggugat sesiapa. Tak ada kezaliman yang ditegur. Tak ada mungkar yang dicegah, amat malang sekali kalau ke arah makruf pun tak diajak.

Imam Hassan Al Banna ada menyebut,
  • “Apabila pintu-pintu penjara mula dibuka, tali-tali gantung mula dipersiapkan untuk kita, itulah tandanya perjuangan kita mula menampakkan kejayaan.”
Sekiranya Islam yang kita bawa tak dimusuhi oleh kuasa kebatilan bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan apa yang sedang kita perjuangkan. Sunnah Allah menentukan kebenaran dan kebatilan akan sentiasa bertembung. Apabila bertembung tentunya kita dibenci, dimusuhi. Apabila bertembung tentunya kita perlu berkorban demi apa yang kita yakini. Di sinilah wang ringgit, masa, tenaga, buah fikiran malah mungkin darah dan nyawa akan menjadi pertaruhan.

Pada zaman Salafus Soleh, para sufi berada di saf hadapan perjuangan Islam. Bukannya mereka sekadar leka dengan zikir dan tasbih. Di samping air mata mereka yang mengalir saat berzikir kepada Allah, peluh dan darah mereka juga mengalir di medan perjuangan.

Antara ulama sufi yang terkenal adalah Imam Hassan al-Basri. Saya sempat menziarahi makamnya di Basrah, Iraq. Pada hari kematiannya, Bandar Basrah seakan-akan sunyi sepi kerana hampir keseluruhan penduduknya menziarahi jenazah Hassan al-Basri. Kalau Hassan al-Basri sekadar leka dengan zikir dan Yaa Hanaanaaa, nescaya dia tak akan dikasihi oleh manusia sebegitu rupa. Kenapa dia disayangi dan dikagumi? Kerana beliau adalah seorang ulama sufi, pejuang yang berjasa besar kepada Islam dan umat manusia.

Kepada peminat Yaa Hanaanaa, ajaklah saya sama untuk berhanaanaa kerana saya juga turut berminat. Dalam masa yang sama, saya juga nak mengajak saudara semua untuk kita bersama-sama berjuang demi ketinggian Islam! (HD)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini dipersembahkan teks Qasidah Yahanana.
 (Betapa Beruntungnya Kami)

YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…

Ertinya..
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Sumber lirik dan terjemahan: Pusat Rawatan Islam KISWAH
(IH)

1 comment:

  1. Bentuk hiburan yg tiada salahnya. Jgn sampai kita mengharamkan yg tidak haram hingga mendahului Allah swt dan RasulNya saw.
    "Wahai org org yg beriman ! Jgnlah kamu mendahului Allah (swt) dan RasulNya (saw), dan bertaqwalah kpd Allah (swt), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lg Maha Mengetahui." Al Hujurat 1.
    "Dan penyair penyair (penyanyi penyanyi) itu diikuti oleh org org yg sesat. Tidakkah engkau lihat mrk itu di tiap tiap lembah (tempat ramai org berhimpun) tidak berketentuan arah, dan mrk memperkatakan apa yg tidak mrk melakukannya. Kecuali org org (penyair penyair / penyanyi penyanyi) yg beriman dan beramal soleh dan bnyk menyebut nyebut Allah dan mendpt pertolongan selepas mrk dizalimi. Dan akan diketahuilah org org yg zalim ke mana mrk akan dikembalikan." As Syu'ara' 224 -227.
    Silalah membuat rujukan dlm kitab kitab tafsir bekenaan ayat ayat di atas.
    Tidakkah dlm majlis berkenaan bnyk menyebut nama Allah swt, berselawat dan bertazkirah ?

    ReplyDelete