Ini sebahagian kumpulan Abu Sayyaf pada 31 Oktober 2011
MANILA - Askar-askar Filipina telah dikerahkan ke sebuah pulau terpencil di selatan negara itu di mana beberapa militan Islam dipercayai menahan dua tebusan wanita yang diculik dari sebuah resort di Malaysia, kata tentera semalam.
Jurucakap angkatan bersenjata Filipina, Leftenan Kolonel Ramon Zagala
berkata, kumpulan militan Abu Sayyaf menjadi suspek utama kes
penculikan seorang pelancong China dan pekerja resort warga Filipina
pada Rabu lalu.
"Seramai tujuh lelaki bersenjata menaiki sebuah bot laju berwarna
putih dipercayai telah menculik dua wanita di sebuah resort di negeri
Sabah dan membawa mereka ke kepulauan Tawi-Tawi di selatan Filipina,"
kata Zagala.
"Apa yang penting adalah untuk kami mencari dan menghalang mereka daripada meninggalkan kepulauan itu," tambahnya.
Menurut jurucakap tersebut, satu pasukan tentera laut yang turut
disertai askar-askar Marin telah dihantar ke sebuah pulau berkenaan. Zagala berkata, dua tebusan berkenaan dipercayai dibawa ke bandar
Simunul yang dihuni oleh kira-kira 35,000 orang dengan majoritinya orang
Islam.
Bandar tersebut terletak lebih 1,000 kilometer (km) dari sini dan 145
km dari resort tempat mereka diculik atau menyamai perjalanan menaiki
bot selama sehari. Dalam pada itu, pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti identiti dua
tebusan itu sebagai Gao Huayuan, 29, dari Shanghai dan pekerja hotel
berusia 40 tahun, Marcy Dayawan.
Menurut Zagala, kumpulan penculik itu dipercayai mempunyai hubungan
dengan seorang komander Abu Sayyaf, Murphy Ambang Ladjia yang pernah
terlibat menculik seramai 21 tebusan dari Sabah pada tahun 2000. Sejumlah 20 tebusan tersebut yang kebanyakannya pelancong asing telah
dibebaskan dalam tempoh lima bulan selepas sejumlah wang tebusan
dilaporkan dibayar. Tebusan terakhir yang merupakan warga Filipina ditahan hingga tahun 2003.
Abu Sayyaf hanya memiliki beberapa ratus anggota bersenjata tetapi
didakwa bertanggungjawab melakukan serangan-serangan keganasan terburuk
dalam sejarah Filipina termasuk pengeboman dan penculikan warga asing
dan orang Kristian.
Kumpulan itu ditubuhkan dalam tahun 1990-an dengan wang yang diberi oleh pengasas pergerakan Al-Qaeda, Osama bin Laden. - AFP
Lihat sebelum ini..
- Penculikan Di Semporna Najib Kata Sabotaj? Polis T...
- Semporna: Kisah 2 Wanita Diculik, 'help! help! I d...
- Mangsa Culik Sihat, Dipercayai Dibawa Ke Selatan F...
- Semporna: Penculik Hanya Mahu 'telefon bimbit kami...
- Semporna: Abu Sayyaf Dituduh Minta Tebusan RM11.5J...
- Filipina Kerah Tentera Ke Tawi-tawi, Tapi A/Sayyaf Masih...
No comments:
Post a Comment