Tuesday, April 01, 2014

Hizbullah Tidak Ingin Berperang Dengan Israel -Nasrallah

Nasrallah: Hizbullah tidak ingin berperang dengan Israel
Hasan Nasrallah. ©www.islamicwallpaper.com
Pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah semalam menyampaikan ucapannya di televisyen dengan berkata pasukannya tidak ingin berperang dengan Israel , namun mereka tetap waspada dan tidak boleh dianggap remeh . Nasrallah juga mempertahankan penglibatan pasukannya dalam perang saudara sudah berlangsung tiga tahun di Syria .

Nasrallah memberi amaran Israel tidak boleh beranggapan Hizbullah terlalu sibuk berjuang bersama pasukan Presiden Syria Basyar al - Assad untuk melawan pemberontak sehingga mereka dianggap tidak akan mampu mempertahankan diri terhadap apa yang disebutnya sebagai pencerobohan Israel , seperti yang dilaporkan oleh laman the Times of Israel , Sabtu ( 30 / 3 ) .


" Kami tidak mencari perang , " ucap Nasrallah dari sebuah lokasi tidak diketahui .  


Dia juga menjelaskan pasukan Hizbullah kini lebih kuat berbanding semasa Perang Lubnan Kedua pada 2006 , baik dalam hal persenjataan , latihan dan sumber manusia , dan kerana itu Israel harus menyedari kemampuan militer mereka .

Dia juga menegaskan penangkalan dari Hizbullah telah membuat kampung - kampung di Lubnan Selatan tetap aman , sambil memaksa Israel agar berfikir dengan hati - hati sebelum melancarkan serangan ke kawasan itu .


Nasrallah juga berkata generasi muda tidak boleh bingung dengan penglibatan Hizbullah dalam konflik Syria . Dia menyebut misi Hizbullah yang pertama dan paling utama adalah sebagai sebuah organisasi anti - Zionis yang lahir dari perjuangan untuk melawan negara Yahudi itu .


Dia menjelaskan Hizbullah melakukan campur tangan di Syria justru untuk melindungi Lubnan , kerana hasil dari perang Syria akan mempengaruhi warga Lubnan .[ IH/fas ]

3 comments:

  1. laknat Allah utk kau wahai hasan nasrullata uzza.

    hezbosyaitan adalah saudara kembar israel dn takkan bunuh sesama sendiri.

    yg mereka nk bunuh ialah umat islam. terbutki sgt jelas di syria.

    kpd yg kagum kt hassan laknat ni, hentikan lah kena tipu buta2.

    syiah dan zionist adalah satu.

    ReplyDelete
  2. 1. tak semua syiah tu sesat...jgn mudah menuduh...sedangkan yusuf alqardawi sendiri mengiktiraf beberapa mazhab syiah sebagai sebahagian dari ahlus sunnah wal jamaah
    2. belajar sejarah penubuhan hezbollah betul2...mereka diwujudkan krn umat2 Islam di Lebanon gagal menentang pencerobohan Israel di selatan Lebanon pada tahun 80an
    3. syria adalah masalah dalaman yg dikucar-kacirkan oleh kuasa barat dan beberapa negara arab utk dilihat sebagai pertentangan sunnah dan syiah tetapi matlamat utama adalah supaya Islam tetap berperang sesama sendiri. OIC ada. Kenapa mereka tidak mampu menyelesaikan masalah sesama Islam
    4. tgk iraq, libya, mesir, yemen dan syria...apa jadi kpd negara mereka dan siapa dalang disebalik kehancuran negara2 islam ini?
    5. sebagai umat Islam kita sepatutnya membawa mereka ke meja rundingan bukan medan pertempuran. Qui bono? Byk ulamak2 yg cuba sedaya upaya mendamaikan kedua golongan ini telah dibunuh dgn kejam. Oleh siapa?
    6. klu video kekejaman tentera syria nak dijadikan sandaran...maka video Anwar semuanya pun boleh dijadikan sandaran.
    7. Maka sekali lagi sebagai org Islam, marilah kita membawa mereka ke meja rundingan...selesaikan masalah dalaman.

    ReplyDelete

  3. 1.Bodoh sungguh mengatakan Qardawi iktiraf ada syiah sebagai sunnah. Mana boleh syiah dianggap sunnah. Adapun syiah Zaidiah dan Ismailiyah awalnya diterima ulamak sunni kerana mereka tidak sampai mengkafirkan sahabat rdh. Tapi akhirnya mereka condong kpd Imamiyah yg mengkafir sahabat rdh, maka mereka juga sudah ditolak semuanya. Sila rujuk fakwa kerajaan negeri di Malaysia mengenai ini.

    2.Hezbosyaitan memang ujud utk pertahan selatan lebonan dpd israel. Takat itu saja, bukan kerana Islam tapi lebih utk kepentingan wilayah hezbosyaitan. Takde kena mengena dgn kepentingan Islam. Oleh kerana dia lawan israel tidak semestinya dia mempertahankan Islam.

    3.Syria adalah kezaliman pemerintah syiah Alawiyah bahsar terhadap umat Islam. Ia bukan perang saudara. Mengekalkan hafiz dan bashar itulah agenda US supaya umat Islam ditekan. Umat Islam dizalimi dgn teruk pada tahun 1882, 40ribu dibunuh di Hama, kini berulang apabila rakyat bangkit perhimpunan ekoran kezaliman polis menyiksa membunuh kanak2 islam. Ia perancangan Allah, bukan US. Kezaliman syiah terhadap sunni di syria adalah nyata dan bukan rekaan. Ajaran syiah menggalakkan pembunuhan umat Islam.

    4.OIC dan negara islam lain seperti diketahui adalah lemah utk diharapkan membantu umat islam yg dizalimi. Tak perlu persoal lah OIC ni.

    5.Huru hara di negara umat Islam lain memang disemai benihnya oleh US dan musuh2 Islam. Dgn cara menaikkan dan mengekalkan pemerintah zalim dan korup yg menzalimi rakyat. Sedangkan pemimpin baik seperti Morsyi dijatuhkan walaupun rakyat mengundi beliau. Musuh islam meletak pemimpin zalim memerintah negara islam. Ini adalah tektik biasa penjajah dari dulu.

    6.Usaha penyatuan sunni syiah telah lama berjalan tapi tidak pernah berjaya kerana syiah mengamal pembohongan takiyyah. Maka ulamak telah meninggalkan kerja sia2 ini.

    7.Video kezaliman syiah bukan satu atau dua tapi terlalu byk. Tak mungkin US boleh buat semua tu. Selain itu yg penting adalah kenyataan ulamak2 sunni Sham yg menerangkan keadaan syiah dan syria kerana mereka lah paling terpercaya utk menjelaskan kpd dunia mengenai syaitan syiah yg kejam.

    8.Boleh kah kita berunding dgn org yg menipu yg digalakkan dlm agama mereka? Boleh kah kita berunding dgn golongan yg berlainan akidah dgn kita? Bukan perselisihan furuq tapi perbezaan akidah yg asas malah menyakitkan hati kita apabila mereka sentiasa berpegang dgn sesuatu yg berlawanan dgn akidah kita. Yg jahatnya mereka juga mempunyai versi tersendiri yg sesat mengenai Islam. Sahabat2 rdh yg kita sanjung mereka kafirkan, bagaimana nk berunding?

    ReplyDelete