KOTA BHARU:
Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan
sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul mengenai
hudud apabila dibentang di parlimen.
Jumlah
tersebut iaitu seramai 87 orang anggota parlimen Melayu Islam dari Umno
dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira anggota parlimen
Islam dari PKR.
Sedangkan
untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah
II di Kelantan memerlukan tambahan seramai empat orang lagi anggota
parlimen untuk menjadikan 112 orang (majoriti mudah).
Anggota
parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat
berdasarkan kenyataan beberapa anggota Umno yang memberi gambaran awal
mahu menyokong enakmen berkenaan.
Katanya,
sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan
Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
membayangkan mahu menyokong usul hudud.
“Bagaimanapun
lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan. Mengapa
mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul
tersebut kalau benar-benar serius.
“Sekiranya
kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima dan dibahas
lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil pembangkang,”
katanya pada ceramah di perkarangan Flat Kampung Sireh malam tadi.
Hadir sama
Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas Setiausaha
Gerakan Kelantan dan anggota-anggota jawatankuasa Majlis Tindakan Dun
Bunut Payong. Khalid juga
berkata, pengalaman di Terengganu sudah cukup untuk menggambarkan Umno
sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah.
Katanya ia
dibuktikan ketika persidangan Dun Terengganu 15 April lalu, usul hudud
yang dibawa Adun Bukit Payong dari PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditolak
Speaker. (HD)
2 comments:
Assalamualaikum, tuan. Baru-baru ini, saya ada melihat portal blog tuan dan salah satu entri blog yang saya lihat adalah mengenai pertemuan tuan dengan adik kepada Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, iaitu Drs. Norbit di Taman Dato' Senu, Kuala Lumpur pada tahun 2011. Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sedang membuat kajian mengenai sejarah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan saya memerlukan beberapa maklumat berkaitan dengan latar belakang Dr. Burhanuddin untuk dimuatkan dalam kajian saya.Justeru, saya memohon jasa baik tuan agar dapat memberikan alamat kediaman Drs. Norbit atau no. telefon beliau(sekiranya ada) untuk memudahkan urusan saya bertemu dengan beliau. Ini emel saya untuk memudahkan perhubungan : ayi0928@yahoo.com
Sekian, terima kasih.
Okay, nanti saya jawab..
Post a Comment