Tuesday, April 29, 2014

Hudud: 108 MP Melayu (87 UMNO+21 PAS) Sokong. 4 Lagi Majoriti Mudah.





KOTA BHARU: Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul mengenai hudud apabila dibentang di parlimen.

Jumlah tersebut iaitu seramai 87 orang anggota parlimen Melayu Islam dari Umno dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira anggota parlimen Islam dari PKR.

Sedangkan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan memerlukan tambahan seramai empat orang lagi anggota parlimen untuk menjadikan 112 orang (majoriti mudah).

Anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat berdasarkan kenyataan beberapa anggota Umno yang memberi gambaran awal mahu menyokong enakmen berkenaan.
Katanya, sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.

“Bagaimanapun lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan. Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.
“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil pembangkang,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Kampung Sireh malam tadi.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas Setiausaha Gerakan Kelantan dan anggota-anggota jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Bunut Payong. Khalid juga berkata, pengalaman di Terengganu sudah cukup untuk menggambarkan Umno sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah.

Katanya ia dibuktikan ketika persidangan Dun Terengganu 15 April lalu, usul hudud yang dibawa Adun Bukit Payong dari PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditolak Speaker. (HD)

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, tuan. Baru-baru ini, saya ada melihat portal blog tuan dan salah satu entri blog yang saya lihat adalah mengenai pertemuan tuan dengan adik kepada Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, iaitu Drs. Norbit di Taman Dato' Senu, Kuala Lumpur pada tahun 2011. Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sedang membuat kajian mengenai sejarah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan saya memerlukan beberapa maklumat berkaitan dengan latar belakang Dr. Burhanuddin untuk dimuatkan dalam kajian saya.Justeru, saya memohon jasa baik tuan agar dapat memberikan alamat kediaman Drs. Norbit atau no. telefon beliau(sekiranya ada) untuk memudahkan urusan saya bertemu dengan beliau. Ini emel saya untuk memudahkan perhubungan : ayi0928@yahoo.com




Sekian, terima kasih.

Ibnu Hasyim said...

Okay, nanti saya jawab..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails