Saturday, April 12, 2014

Hudud: 87 MP BN Islam, Sebahagian Besar Menyokong. -Anwar Musa





Jika sebelum ini beliau bersedia menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, semalam MP Ketereh dari BN menyatakan komitmennya untuk melobi wakil BN yang lain pula untuk menyokongnya.

Tan Sri Annuar Musa berkata BN ada 87 MP beragama Islam dan beliau percaya sebahagian besar akan menyokongnya.
"Sebenarnya ia tidak perlu dibawa ke Parlimen memandangkan DUN Kelantan sudah meluluskannya tetapi sekali saya nyatakan tidak harus ada tanggapan negatif dan kita perlu bersangka baik.
"Jika PAS ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan dan saya sedia melobi ahli Parlimen Umno supaya menyokong.
"Saya sudah bercakap dengan sebahagian besar MP Umno dan mereka positif menyokong," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Mesra Siswa Peringkat Parlimen Ketereh di Kampung Chengal. Akhbar sama juga melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin DAP dan PKR akan menerima hasrat parti itu untuk melaksanakan hudud walaupun ia mungkin memakan masa.
"Tak apa... dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit.
"Itulah kelebihan politik Islam, syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat lama-lama mereka (DAP dan PKR) akan faham," katanya. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails