Saturday, April 26, 2014
Hudud: Apa Komen Kit Siang, Anthony Loke Cabar PAS ?
Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa parti itu belum menetapkan pendiriannya tentang ketekalan PAS untuk melihat hudud dilaksanakan walaupun ia bukan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
"Parti belum menetapkan pendirian (tentang perkara ini)," katanya kepada Malaysiakini sewaktu mengulas kenyataan MP Seremban, Anthony Loke yang membidas ketegasan PAS dalam undang-undang hudud.
Anthony Loke dalam kenyataannya lewat petang ini menggesa PAS mengambil "langkah terhormat dan wajar berundur dari Pakatan Rakyat" sekiranya mereka bertegas untuk membuat keputusan yang tiada dalam konsensus Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada pendirian PAS Kelantan yang mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk memastikan hudud dilaksanakan.
Mat Sabu anggap pandangan peribadi
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap kenyataan Loke itu sebagai "satu pandangan peribadi".
"Saya anggap itu (kenyataan Loke) pandangan peribadi dia, dan kita tidak ada masalah," katanya kepada Malaysiakini.
Jelasnya lagi, PAS akan menghantar wakil seramai enam orang untuk membincangkan perkara itu dengan DAP dan juga PKR. Bagaimana pun, tarikh pertemuan khas itu belum ditetapkan, katanya.
"Kita akan bertemu dengan DAP untuk berbincang tidak lama lagi.
"Sebelum itu saya tak nak buat apa-apa komen," katanya. (MK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment