Saturday, April 19, 2014

Hudud: Beza Pendapat Tak Halang Kerjasama Pakatan. -K/P DUPP

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata,  PR hanya mendirikan persefahamannya dalam tiga perkara sahaja, dan hudud sememangnya menjadi perjuangan PAS sejak lama, dan adangan kerajaan negeri Kelantan untuk membawa usul persendirian hudud ke Parlimen tidak akan mengeruhkan hubungan di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR). – Gambar The Malaysian Insider, 19 April, 2014.  
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, PR hanya mendirikan persefahamannya dalam tiga perkara sahaja, dan hudud sememangnya menjadi perjuangan PAS sejak lama, dan adangan kerajaan negeri Kelantan untuk membawa usul persendirian hudud ke Parlimen tidak akan mengeruhkan hubungan di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR). – Gambar The Malaysian Insider, 19 April, 2014.

PAS berpandangan bahawa cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk membawa usul persendirian hudud ke Parlimen tidak akan mengeruhkan hubungan di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata,  PR hanya mendirikan persefahamannya dalam tiga perkara sahaja, dan hudud sememangnya menjadi perjuangan PAS sejak lama.

“Berbeza dengan pelaksanaan undang-undang hudud ini, ia adalah perjuangan PAS sejak sebelum gabungan PR itu sendiri. Sebagai mana PAS, PKR dan DAP juga mempunyai perjuangan masing-masing.
“Dalam hal ini, kita tetap meneruskan perjuangan kita sejak sekian lama dan perbezaan pendapat mengenai perjuangan antara parti tidak akan menghalang untuk kita bekerjasama,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Tiga persefahaman yang terjalin di antara parti komponen dalam PR ialah tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya, menentang kezaliman dan alternatif dalam menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

DAP pada Isnin menyatakan kesediaannya melobi ahli parlimen BN bukan beragama Islam agar suara yang menentang rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen nanti melebihi dua pertiga sokongan.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4).
Lim berkata seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS.

Bagaimanapun, usul persendirian ini tidak meminta pindaan perlembagaan. Oleh itu, sokongan majoriti ahli adalah mencukupi. Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata rang undang-undang mengenai hudud sudah lama diterima di Kelantan dan Terengganu selain diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum wujudnya pakatan pembangkang.

"Perlu satu rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 bagi membolehkan hukuman sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud," katanya kepada akhbar itu.

Beliau berkata apa yang diharapkan PAS adalah rasa saling faham-memahami di dalam PR agar hasrat kerajaan negeri Kelantan tidak mendapat tentangan daripada parti dalam PR sendiri.

“Kita tidak boleh memaksa mereka untuk bersetuju dengan kita. Tetapi perbezaan pendapat ini tidak sama sekali akan menghalang PAS untuk meneruskan perjuangan ini.
"Sebagaimana presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tegaskan, kita konsisten dalam isu ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015. – 19 April, 2014. (TMI)

1 comment:

mae said...

beza pendapat dengan kafir tak mengapa, beza pendapat sesama muslim tak boleh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails