Thursday, April 17, 2014

Hudud: Dolak-dalih Anwar,' isu tatakelola' Selesaikan Dulu?

 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mungkin perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.

Anwar bagaimanapun berkata, walaupun sebagai Muslim beliau percaya dengan hukum Allah, pelaksanaannya hanya boleh dilakukan secara jitu jika negara yang diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.

Justeru beliau tetap dengan pendirian agar isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum hudud diimplementasikan.

"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan.
"Saya menjemput PAS datang membincangkan secara penuh isu ini. Seluruh pemimpin Pakatan perlu membahaskan perkara ini ," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Kenyataan ini muncul di ambang PAS sedang mendapatkan sokongan pemimpin PKR dan DAP untuk sokongan dua pertiga parlimen bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun Umno yang telahpun berjanji untuk menyokong cadangan didakwa Anwar sebagai tiada 'alasan moral' kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan implementasinya. Anwar berkata DAP dan PKR telah lama mengakui usaha Kelantan dan bersetuju melihat Kelantan sebagai isu berasingan dengan cadangan hudud peringkat kebangsaan.

"Ini berbeza dari inisiatif Umno yang menggunakan isu ini untuk mengalihkan pandangan daripada isu rasuah dan korupsi.
"Mereka (Umno) kata sokong hudud di Kelantan tapi tolak (cadangan) hudud di Terengganu.
"Umno tidak ada alasan moral untuk membicarakan hudud kerana hudud ini salah satu aspek syariah yang menjamin keadilan dan kebajikan rakyat," kata beliau. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Adakah Anwar pun berdolak-dalih mengenai hudud? Isu 'tatakelola'?

7 comments:

Anonymous said...

dia yg xnak sokong hudud...umno plak yg salah.........ish

Anonymous said...

beware of PKR...depa ni expert in Psyop Operation terutama bab2 propaganda

terbaru kes harga minyak nak naik. teiba kuar sms atau tweeter...sape punye keje?

then skrg kuar plak gambar NI...I am single...sape punye kejer?

sometimes when u dun have any issue...u kene create issue where u can put the blame on the other side...continuously letak pressure supaya the other side always on defensive

lagi terbaru isu bible and isu iklan BM di Seremban....

all these are very planned and calculative initiatives and if u think this is all rafizi...sori la

that guy is just what American called...useful idiot.

Anonymous said...

so yes BN (UMNO) is bad...but at the same time PKR is even badder...cuma tak faham nape PAS masih terhegeh2...tgkla isu hudud...berbelit2...true color ma

mohd.azrul said...

Anwar.umno.bn.punya.perangai.ada.lagi.anwar.dulu.dlm.umno.bn.tentang.hudud.jgn.hiporkit.lah.anwar.

Anonymous said...

saya cuba memahami maksud bait-bait perkataan yang dinyatakan anwar. kenyataan beliau sangat jelas. penentang kenyataan beliau itu hanya menunjukkan kedangkalan berfikir.

Tulang Besi said...

Jom kita bersama2 UMNO dalam melaksana hudud.

Pada waktu yang sama UMNO pun lulus berbelas lesen judi.

UMNO lagi baik dari Anwar.

Anonymous said...

ha ha ha faham fahami dulu apa yg dikatakan DSAI..maksudnya byk dlm sedangkan hukum syariah yg ada sekarang pun tongkang tongkit sini pakai sana tolak...berfikir le secara luas..maksud DSAI jelas jgn jd belaci bn..
sedangkan idola2 yg macai2 sanjung pun tak sape yg berani nak sound..bila ALLAH dan Rasulnya dihina diperlekehkan sebegitu rupa ...tahu tak per

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails