PETALING JAYA:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menyampaikan khutbah
Jumaat sebaiknya tidak hanya menegur rakyat sahaja tetapi wajar juga
menegur pemerintah.
Jakim dalam dua siri khutbah Jumaat di masjid seluruh Wilayah Persekutuan baru-baru ini mengutarakan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari aspek tanggungjawab bersama untuk memakmurkan ekonomi negara.
Setiasauaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan Jakim yang sangat tersisih dengan realiti sebuah kehidupan rakyat bawahan yang akan terbeban dengan GST nanti.
"Saya tertanya-tanya sama ada Jakim ambil maklum kurang dua juta tenaga kerja yang bayar cukai kerana pendapatan mereka tidak sampai pada angka RM4,000 sebulan. Maka kecil sangat rakyat yang bayar.
"Ini bermaksud jurang pendapatan miskin sangat luas sedangkan pelaksanaan GST memberi kesan keseluruhan termasuk rakyat berpendapatan rendah," katanya di sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana hari ini.
Beliau turut membidas Jakim, sama ada mereka tahu bahawa hutang yang ditanggung oleh pemerintah hari ini sama banyak dengan hutang yang ditanggung oleh pemerintah-pemerintah sebelum ini.
"Dikumpul bersama hutang-hutang perdana menteri yang lepas-lepas sama banyak dengan hutang yang dibuat oleh Najib Tun Razak hari ini. Mana mungkin Jakim mengabaikannya," katanya.
Tegas Saifuddin, tujuan khutbah disampaikan setiap hari Jumaat adalah untuk menegur atau menasihati siapa sahaja termasuk pemimpin.
"Ini tidak, Jakim hanya ingatkan rakyat jangan berhutang sedangkan hutang oleh Najib?
"Saya fikir sudah sampai masanya Jakim melihat pelaksanaan GST bebankan rakyat," katanya.
Justeru, katanya sepatutnya Jakim menggariskan kandungan khutbah tentang pembaziran dan ketirisan yang sudah tentunya ditegur oleh Ketua Audit Negara saban tahun namun, pembaziran tetap juga berlaku. (HD)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hutang yang ditanggung oleh pemerintah hari
ini sama banyak dengan hutang yang ditanggung oleh pemerintah-pemerintah
sebelum ini. Dikumpul bersama hutang-hutang perdana menteri
yang lepas-lepas sama banyak dengan hutang yang dibuat oleh Najib Tun
Razak hari ini.
Berani JAKIM hendak tegur pemerintah?
Mari kita lihat dan renungkan ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin (ms 482)
Pemerintah! Dengarlah Nasihat Ata’ Bin Abi Rabah
Pemerintah! Dengarlah Nasihat Ata’ Bin Abi Rabah
[Ata’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya (Menjadi ketua kerajaan waktu itu). Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya.
Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun
menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana.
Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”
Ata’ menjawab: “Wahai AmirulMukminin! Bertaqwalah kepada Allah di
tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya.
Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana
dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini.
Bertaqwalah
kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang
menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam
kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah
kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan
mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”
Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”
Ata’ bingkas bangun. Tetapi Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata:
“Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”
Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.
Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”]

(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)
Kesimpulan:
Antara komentar yang boleh dibuat:
- Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.
- Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.
- Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)
- Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihanraya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.
- Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasahati rakyat, termasuk mahukan pilihanraya yang adil dan bersih.
No comments:
Post a Comment