Tindakan pihak penganjur untuk menganjurkan parti separuh bogel yang di
war-warkan kini mendapat perhatian pihak berwajib.Terima kasih kepada
semua pihak khususnya di saluran media sosial yang bertungkus-lumus
mendesak pihak sepatutnya mengambil tindakan.Satu kejayaan dalam usaha
bersama untuk membasmi aktiviti melampau sebegini.~UtaraNews.com
Berikut adalah kenyataan media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ;
KENYATAAN MEDIA MENGENAI AKTIVITI ‘TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY DI THE POOL, JALAN AMPANG
Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti di atas akan
dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat). Semakan jabatan juga
mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti
sebagaimana di atas dibuat kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL).
Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan
diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan
pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa
kelulusan lesen daripada DBKL.
DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka
diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis
mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen
mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.
Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup
selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka
sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.
Disediakan oleh :
Unit Media
Jabatan Perancangan Korporat
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
8 April 2014
(Diangkat dari UtaraNews.com)
2 comments:
perkara ini rosakkan umat islam
Wayang Gambar... Tutup 7 hari
Post a Comment