Thursday, April 03, 2014

Isu Ziela Jalil -Keith Foo, Bagaimana Sepatutnya?


HALAMAN HIBURAN

TERBACA saya dalam sebuah Blog..  
'Mesra Di Instagram, Ziela Jalil Tepis Tuduhan Menggatal Dengan Keith Foo'

"Sejak kebelakangan hubungan diantara penerbit terkenal, Ziela Jalil dan pelakon tampan Keith Foo dilihat agak mesra dan akrab. Meskipun hubungan mereka bagaikan adik dan kakak dek kerana perbezaan jarak usia namun timbul cerita kurang elok mengenai kemesraan mereka itu."Tulis blog itu.

"Lebih-lebih lagi apabila Ziela tanpa berselindung berkongsi gambar kemesraan mereka menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya. Niatnya lain namun tanpa disangka, gambar-gambar ini mencetuskan sensasi dalam kalangan peminat hingga ada yang mengkritik tindakan Ziela.

"Lebih teruk, ada yang menganggap beliau mempermainkan agama kerana sanggup bergambar begitu sedangkan penampilannya nampak Islamik. Lebih biadap, segelintir mereka sanggup mengeluarkan ayat yang berunsur menghina terhadap ibu tunggal kepada tiga anak iaitu Puteri Julia Nabilah. Megat Jufri Nasrullah dan anak angkat Ibrahim Junid Abdullah." Lanjut berita itu.

Begini gambarnya..
#01 Mesra Di Instagram, Ziela Jalil Tepis Tuduhan Menggatal Dengan Keith Foo - ROTIKAYA

Bercakap kepada Harian Metro, Ziela berkata beliau berhubungan baik dengan semua pelakon drama Ariana Rose dan tidak bersikap pilih kasih. Beliau juga memberitahu baru sekali berjumpa dengan Keith Foo, itupun selepas drama popular yang mencetuskan fenomema itu. 

“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun ketika itu.

“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat.

“Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang.

“Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia”

“Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau,” jelasnya dengan panjang lebar. " Begitu beritanya.
Ringkasnya begini..

عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم
 يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان
 وفي رواية : ليس وراء ذلك من الإيمان حبة خردل

Dari Abu Sa’id Al Khudry  RA berkata, saya mendengar Rasulullah SAWbersabda, 
  • “Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.” (HR. Muslim no. 49)

Dalam riwayat lain, “Tidak ada sesudah itu (mengingkari dengan hati) keimanan sebesar biji sawi (sedikitpun)”

Hadits ini adalah hadits yang jami’ (mencakup banyak persoalan) dan sangat penting dalam syari’at Islam, bahkan sebahagian ulama mengatakan,  
  • “Hadits ini pantas untuk menjadi separuh dari agama (syari’at), kerana amalan-amalan syari’at terbagi dua: ma’ruf (kebaikan) yang wajib diperintahkan dan dilaksanakan, atau mungkar (kemungkaran) yang wajib diingkari, maka dari sisi ini, hadits tersebut adalah separuh dari syari’at.” (Lihat At Ta’yin fi Syarhil Arba’in, At Thufi, hal. 292)
Jadi, antara lain, tugas seseorang Muslim ialah berdakwah. Pesan memesan sesama kita dalam perkara kebenaran  dan kesabaran. Dakwah ada berbagai cara, ada ruang kita akan berbincang lagi. Insya Allah. (IH) 

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  

Lihat artikel

2 comments:

QalamQabut said...

Elok juga ditegur selalu biar semakin sedar.

Dah salah pun masih nak salahkan orang jugak. Lebih rela untuk menuding orang lain pun buat salah dari mengaku seikhlasnya.

Anonymous said...

ziela masih ummmph.

berdebar jantung anak2 muda pun.

dangerous maximum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails