Kerajaan memperuntukkan RM885 juta tahun ini bagi perkembangan syiar Islam di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar). Beliau berkata peruntukan itu bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran aktiviti keagamaan untuk rakyat dan daripada jumlah itu RM540 juta diperuntukkan untuk pembayaran elaun imam, guru takmir, guru kelas agama dan fardhu ain (Kafa) serta pegawai penyelaras masjid daerah (PPMD).
"Peranan mereka, semakin hari semakin mencabar dengan serangan ancaman
akidah dari pelbagai sudut... jadi dengan dana bantuan yang diberikan
ini diharap dapat dimanfaatkan untuk mempelbagaikan usaha menyuburkan
roh Islam di tempat mereka bertugas," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Multaqa imam, guru takmir dan anggota jawatankuasa masjid
peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Jamil Khir berkata pada tahun ini, Jakim menyalurkan RM46.6 juta kepada kerajaan negeri Terengganu untuk membayar elaun kepada 1,043 imam (RM8.74 juta); 249 guru takmir (RM2.19 juta); 3,442 guru Kafa (RM35,256) dan tujuh orang PPMD (RM210,840). – Bernama, 31 Mac, 2014.
1 comment:
sangat menarik sekali ulasannya dan sangat bermanfaat...
salam kenal dari ikhram.com situs booking dan cari paket biro umroh lengkap nomer 1 di indonesia.....
Post a Comment