Wednesday, April 16, 2014

Kelantan Usahakan Enakmen Takzir Pula

 
Selepas hudud, satu lagi rang undang-undang Islam akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan melibatkan hukuman takzir.

Exco kerajaan negeri Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pembentangan Enakmen Takzir sebagai usaha memperkemas Enakmen Kanun Jenayah Syariat II yang dilulus DUN pada pada 1993, lapor Harakahdaily.

“Pandangan dan teguran pelbagai pihak sebelum ini diambil kira bagi memperkemaskan lagi perundangan tersebut sebelum ia dapat dilaksanakan,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu.

Pada masa kini, kesalahan takzir hanya menjadi satu seksyen dalam enakmen sedia ada. Ia merujuk keterangan yang tidak memenuhi syarat untuk membuktikan kesalahan hudud, maka boleh dihukum dengan hukuman takzir.

Sementara itu, ADUN Melor Dr Yusnan Yusof yang dipertanggungjawab merangka enakmen baru itu berkata, ia sedang disiapkan bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985. Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) itu berkata, Enakmen Takzir bagi membolehkan hukuman lebih luas dikenakan terhadap pesalah-pesalah di bawah seksyen terbabit.(MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails