Video ceramah Ustaz Don akan dikaji secara menyeluruh oleh pakar-pakar agama. Foto Utusan
Malah, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah melalui laman sosial
Facebook miliknya turut meminta mufti dan para ulama menilai ceramah
yang disampaikan oleh ustaz tersebut untuk kepentingan semua umat Islam. Selain mengadakan ceramah-ceramah peribadi, Ustaz Don juga mengendalikan rancangan agama berjudul 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah pada setiap Isnin Hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Sementara itu, Irwan menjelaskan, segala program yang diterbitkan oleh stesen televisyen itu terutamanya rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don akan dinilai kandungannya sebelum dilepaskan untuk disiarkan kepada umum.
"Pihak kami ada unit bagi mengkaji topik yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Don. Kandungan yang diberikan biasanya disemak dahulu oleh pakar-pakar agama sebelum ia diluluskan untuk siaran," ujarnya.
Sementara itu, Ustaz Don tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan reaksinya kerana ketika ini beliau berada di United Kingdom untuk menjalani penggambaran sebuah program berbentuk keislaman. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini ustaz selebriti
Don Daniyal diserang. antara point-point atau peluru serangannya ialah, dia dituduh mengeluarkan kenyataan...
- Bani Tamim itu merujuk kepada Tanah Melayu.
- Fatwa Syaikh Ali Jumaah tentang 'halalnya darah Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir' itu, adalah benar.
- Dr. Asri Zainul Abidin juga telah menjawab isu ini di dalam penulisannya. Anda bolehlah membacanya di sini.
- Syaikh Yusuf al-Qardhawi juga pernah menempelak fatwa Ali Jumaah itu. Kritikan Syaikh Yusuf Qardhawi, seorang ulama' kontemporari ulung di era moden ini terhadap kecurangan Syaikh Ali Jumaah boleh dibaca di sini.
- Wardina Safiyyah telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.
- Sebelum itu Wardina ada berkongsi mengenai kompilasi video KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.
Wardina
Safiyyah telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya
menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana
dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. Sebelum itu Wardina ada
berkongsi mengenai kompilasi video KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN
DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana dengan
menulis ayat ayat berikut:
Terbaru Harakah sebentar tadi..
“Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran”
“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam”Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:
“We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?”
“Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”
“Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW”
Terbaru Harakah sebentar tadi..
Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal - Wardina
KUALA LUMPUR:
“Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun
email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru.
Insya Allah khair,” tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi
facebooknya semalam.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua.
Ini ekoran tulisannya menerusi facebook pada 14 April yang menyeru para ulama, ustaz dan mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Ustaz Don Daniyal yang dikongsi orang ramai melalui facebook dan blog.
Tulisan beliau itu sebagai respons kepada penyebaran video yang bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Penyelewengan Don Daniyal melalui media sosial.
Berikut tulisan Wardina di facebooknya semalam.
Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email.
Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. InsyaAllah khair.
Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. MasyaAllah. Kita semua sayangkan agama Islam kita ini kan?
Saya, dan saya juga yakin pengikut FB semua sudaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik..mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama anak-anak dan keluarga kita.
Mari kita tambah ilmu dan jangan segan bertanya. Kita jangan tinggal solat dan mentadabbur Quran. Kita bersangka baik.
Saya tidak ada niat mengaibkan.. tiada langsung...video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz.
Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam.

Kita tunggu jawapan penjelasan lagi. Allahu 'aklam.
13 comments:
Wardina juga menyebar fitnah. Dia patut jumpa dulu ustaz Don sebelum buat kenyataan terbuka.
asalkan nak bersuara, terus jadi fitnah.... kita nie dilahirkan bisu yee.... kalau takdak akai bolehlah dungu kat balik pintu, dok diam-diam balik balik pintu... apa sebab Allah s.w.t bagi akai? suruh jadi bisu? suruh naik kapal terbang, pi jumpa dulu kat uk?
Oh tiba tiba fitnah...ikwanul muslimin dibelakangnya adalah salafi wahabi bukan fitnah lah....
patut dia pi jumpa pemimpin IM kat mesir dulu la kan
Betoi tu. Baru jadi setan bisu.
Cicit Pawang Ali
Apa yg di fitnahkan Wardina? Mohon Ustaz, Mufti dan alim ulama mengkaji kandungan penyebaran video itu satu fitnah?
Wardina patut jumpa dulu Ustaz Don sebelum buat kenyataan terbuka? Kalau saya pun ingin sama memmberi pendapat tentang isu ini adakah saya perlu jumpa ( lazimnya buat appointment ) dengan Ustaz Don sebelum
buat kenyataan terbuka? Bagaimana pula kalau ada 3,727 ( angka andaian saje ) orang
yg berpendapat sama saperti Wardina? Kena jumpa Ustaz Don dulu ke sebelum buat kenyataan?
Cicit Pawang,
Kalau kamu belum tahu, penyebaran
maklumat ( ceramah di masjid ke, diradio atau TV ke, Video ke ) adalah untuk " public
consumption " yakni sebaran untut tontonan awam dimana sasaran maklumat adalah masyarakat umum. Lainlah kalau Ustaz Don beri ceramah pada Cicit Pawang dan Wardina berdua saje secara private.Maka jika ada
respons atau hujah dari Wardina atau Cicit Pawang tak perlulah komen dialam maya kerana secara sopan patut jumpa Ustaz Don dulu secara private.
Sebab itu apabila Ustaz Don menyebar maklumat kepada orang awam melalui TV atau video misalnya, responsnya juga adalah dalam bentuk yg sama, secara awam. Tak adil lah menyebar hujah secara terbuka tetapi jika ada respons mesti buat secara private.
Cicit Pawang, adakah kamu bersetuju jika ada pendapat yg menyokong Ustaz Don patut berjumpa Ustaz Don dulu sebelum membuat kenyataan secara terbuka?
Berhati hati dengan ungkapan " fitnah ".
cicit pawang ali pn luahkn pendapat..xpla cicit pawang ali..awk jd bisu jela..kne jadi wardina baru leh bg pendapat..ye tak...
Itu perkara mustahil
Salafi wahabi sendiri memiliki parti politik mereka sendiri di mesir
Itu perkara mustahil
Salafi wahabi sendiri memiliki parti politik mereka sendiri di mesir
melayu asyik dgn "ustaz selebriti", "imam muda"
yg nonton mrk memang dah kira ok
nahi munkar? biarlah hal masing2
berapa ramai dr kampung datang ke bandar sewa 1 rumah lelaki perempuan (termasuklah lelaki2
lembut tinggal serumah lol)
daddy buncit couple dgn awek cun (jgn bagitau wife!), peng couple dgn awek gay...
terbaliknya, hobi melayu ialah menyebok/mengumpat/sangka buruk pd org yg tak buat salah pun
Talk berkenan ngan geng Sufi nih
ust. don memang banyak mengarut... banyak menyebarkan atau bertaklid buta pd sumber yg tidak sahih atau cerita buta...
walaupun seseorang itu kelihatan alim dan warak..
itu tidak bermakna yg dia dijamin syurga dan tidak buat salah..
pengikut2 ustaz don ramai syok sendiri n cepat melatah...perhati....
mungkin ustaz don ada hadis sohih bila mengenakan charge rm 28/minit untuk jemputan ceramah beliau.
Post a Comment