DUA guru dari sebuah sekolah di Beni Suef, Mesir, diberhentikan mengajar minggu ini sebab menyuruh 120 pelajar perempuan membuka pakaian mereka sehingga supaya kakitangan jabatan tersebut boleh mencari wang yang sebelumnya dinyatakan hilang.
Jurucakap Kementerian Pendidikan Mesir Ahmed Helmy menggambarkan kejadian itu sebagai suatu perkara menyedihkan dan tidak bermoral, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Selasa (15/6).
Dalam sebuah wawancara di acara bincang-bincang disiarkan saluran televisyen MBC Masr, Helmy menjelaskan para guru saat itu berusaha untuk mencari wang sebanyak kira-kira tidak sampai RM20 hilang di antara para pelajar tahap dua.
Dia berkata kedua guru tersebut, yang mengajar untuk kelas bahasa Perancis, telah diberhentikan serta merta dan sebuah penyelidikan akan dilancarkan berkaitan insiden itu. Para siswi juga telah memberikan kesaksian mereka.
[IH]
No comments:
Post a Comment