Seorang penumpang pesawat Virgin Australia yang dalam penerbangan ke Denpasar, Bali dari Brisbane, Australia hari ini dilaporkan cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat berkenaan dikatakan dirampas, ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.
Pada awalnya, laporan tentang pesawat Boeing 737-800 itu dirampas, disahkan seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam temubual secara langsung dengan stesen televisyen tempatan, MetroTV, hari ini.
Bagaimanapun, jurucakap Virgin Blue kemudian dilaporkan berkata, penumpang yang ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat tersebut.
Sementara itu, jurucakap Tentera Udara Indonesia berkata, semua penumpang tidak dicederakan dan dibawa keluar dari pesawat berkenaan di Denpasar. Penumpang berumur 28 tahun itu kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Syarikat penerbangan Virgin Australia yang sebelum ini dikenali sebagai Virgin Blue, adalah syarikat penerbangan kedua terbesar Australia. – Bernama, 25 April, 2014.
Lihat bahaya mabuk..
No comments:
Post a Comment