Maria yang turut aktif dalam gerakan hak asasi manusia di Malaysia berkata, slogan demokratik dan kesederhanaan yang dilaungkan oleh Najib hanya topeng semata-mata.
"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan Malaysia bukan sebuah negara demokratik dan tidak sederhana, saya beritahu beliau (Obama)," kata Maria kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.
"Kami berbincang dalam tempoh 50 minit... perbincangan berkenaan undang-undang dan akta tekanan, termasuk tahanan tanpa bicara seperti Akta Hasutan.”
Dalam pertemuan itu, Maria juga sempat berkongsi dengan Obama bagaimana pentadbiran Najib bermain politik agama selepas gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat Malaysia.
"Kerajaan sedia ada ini adalah sebuah kerajaan minoriti, dan kerana tidak mendapat sokongan kerajaan, terpaksa membina asas berdasarkan agama Islam hingga menyebabkan ekstremisme agama berlaku," kata beliau.
Maria juga menerangkan mengenai kemelut dalam isu kalimah Allah, serbuan dan serangan ke atas gereja dan mengenai usaha Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud.
"Jika tiada perubahan yang tulen sekarang, ia pasti akan membawa kepada perpecahan dalam negara kerana isu agama dan kaum," katanya.
"Dalam isu ini, kerajaan mesti menghentikannya jika mereka mengiktiraf masyarakat yang pelbagai kaum, tetapi mereka tidak lakukannya."
Selain politik agama, Maria juga mendedahkan penemuan Tribunal Rakyat yang dijalankan oleh Bersih 2.0 di mana banyak berlaku kepincangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Kami juga bawa isu tentang senarai pemilih, penipuan, rasuah, kempen berbentuk ugutan yang membantu kerajaan minoriti mengekalkan kuasa," katanya.
Selain Maria, antara yang berpeluang bertemu Obama di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur semalam adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong dan ahli majlis Honey Tan, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Ratna Osman dan wakil Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Herman Shastri.
"Isu rampasan Injil berbahasa Melayu juga diberi perhatian dan saya bangkitkan mengenai jurang sempit yang dihadapi penganut agama Kristian di sini, di mana kami sering terperangkap dalam tekanan antara majoriti lawan minoriti," kata Dr Herman.
Selain itu, isu-isu seperti pendakwaan berat sebelah oleh Putrajaya serta pelaksanaan undang-undang baru yang bertentangan dengan hak asasi manusia juga dibincangkan.
"Kami juga bangkitkan mengenai penggunaan Akta Hasutan sebagai alat dakwaan bermotifkan politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga aktivis sosial.
"Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong menjelaskan secara terperinci mengenai penggunaan akta yang menindas dalam negeri serta pengenalan akta baru yang membawa perbicaraan tanpa bicara atau Akta Pencegahan Jenayah (PCA)," kata Maria.
Malah, semasa perbincangan itu, pihak Suhakam juga memberitahu Obama mengenai kuasa terhad yang diberikan kepada mereka, kata Maria lagi. Lebih mengecewakan lagi, Maria berkata Najib juga tidak mempunyai keberanian dan mengambil inisiatif untuk bertemu dengan kumpulan sivil, walhal Obama sanggup meluangkan masa hampir sejam berbincang dengan mereka.
"Kami juga beritahu Obama, Perdana Menteri tidak pernah berjumpa dengan kami.
"Tapi beliau ambil masa hampir sejam untuk bertemu dengan kami, malah menjemput kami," kata beliau.
Obama tiba di Malaysia pada Sabtu dalam siri lawatan tiga harinya serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan Malaysia.
"Kami juga menerangkan berkenaan situasi hak asasi di Malaysia, dan meminta AS tidak lagi menggelar Malaysia sebagai negara demokratik dan negara sederhana, kerana ia memberi kesan kepada tugas hak asasi manusia," kata Maria.
"Kita memerlukan transformasi demokratik.”
Maria berkata, Obama mempunyai tahap diplomasi yang tinggi dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap segala isu yang dibangkitkan mereka.
Hari ini, Obama akan berlepas ke Filipina sebagai destinasi terakhir lawatannya ke Asia sebelum pulang ke AS. – 28 April, 2014. (TMI)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Marina mengadu kepada Obama
- Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud.
- Najib bermain politik agama selepas gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat Malaysia.
- menerangkan mengenai kemelut dalam isu kalimah Allah, serbuan dan serangan ke atas gereja dan mengenai usaha Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud.
- Jika tiada perubahan yang tulen sekarang, ia pasti akan membawa kepada perpecahan dalam negara kerana isu agama dan kaum.
- Dalam isu ini, kerajaan mesti menghentikannya jika mereka mengiktiraf masyarakat yang pelbagai kaum, tetapi mereka tidak lakukannya.
2 comments:
I really must look out for some nice
visit my blog
http://bioskop-bagus.blogspot.com/
As-salam Bro...
Boleh tolong ulaskan kenapa tak ramai wakil masyarakat yang Islam dalam pertemuan tersebut?
Bagi saya SIS ka, Renaissanse ka dan yang sewaktu dengannya tidak boleh dianggap mewakili masyarakat Islam.
Post a Comment