Wednesday, April 09, 2014

MCA Sepakat Tolak Hudud PAS. Mana Hudud UMNO/MCA?


Wee menegaskan bahawa RUU hudud PAS bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokong.


KUALA LUMPUR: MCA akan menolak Rang Undang-Undang persendirian yang akan dibawa oleh PAS bertujuan membuka jalan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. 
 
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua tujuh Ahli Parlimen parti itu akan berada di Dewan Rakyat pada Rabu jika PAS membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan bagi tujuan berkenaan.

"Undi kami adalah undi suara hati," kata beliau sambil menegaskan bahawa MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menolak apa-apa yang bertentangan dengannya.

Wee juga menegaskan bahawa memandangkan RUU berkenaan bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokongnya. Selain itu beliau turut mencabar Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR  terutamanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan pendirian mereka mengenai Rang Undang-undang tersebut.

Lim adalah penasihat DAP dan Guan Eng adalah setiausaha agungnya manakala kebanyakan daripada 38 Ahli Parlimen DAP adalah bukan Islam.

"Malah DAP dan PKR yang menjadi sekutu PAS juga harus bertanggungjawab terhadap percubaan parti Islam itu membentangkan RUU berkenaan," katanya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tajuk berita asal di atas,'MCA Sepakat Tolak Hudud PAS'. Itu lagu (alasan) lama yang Dr Mahathir (bekas PM) bawa. Kalau betul UMNO yang Islam (kerana ada ahli UMNO yang tidak Islam) mahu hendak laksanakan Hudud Islam, sila kemukakan. PAS pasti setuju!

Atau kalau ada Hudud UMNO/MCA, pun boleh kemukakan dan bentangkan. Kalau betul kita boleh setuju?! He he he..

2 comments:

Unknown said...

MCA dah tunjuk sifat anti Islamnya..kenapa UMNO tak kata apa-apa..Selama hari ni canangkan DAP rasis , anti Islam dsb.

Anonymous said...

Jika UMNO menurut kemahuan MCA, nampak sangatlah UMNO mengikut telunjuk MCA yg tak seberapa pun bilangan kerusinya. Bolehlah dikatakan dgn jelas dan yakin UMNO merupakan tunggangan MCA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails