Wednesday, April 09, 2014

Memali: Panggil Musa perjelas kepada ahli Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan PAS agar kertas putih peristiwa Memali 1986 ditarik balik dan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat semula insiden itu.

Speaker membuat penolakan itu dalam kamar atas alasan usul yang yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) hanya merujuk kepada forum dan keratan akhbar.

Dalam pada itu usul yang dikemukakan  Mahfuz di bawah peraturan mesyuarat 18(1) dan 18(2), merujuk kepada pendedahan dan pengakuan terbaru yang dibuat bekas Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam dalam satu forum di Kota Bharu pada 4 April lalu.

Mahfuz ketika membacakan usul itu di Dewan Rakyat hari ini berkata , Musa dalam forum bertajuk "Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang" seperti dilapor media mendedahkan bahawa pada hari kejadian 19 November 1985, Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada dalam negeri dan bukan berada di China seperti yang dihebahkan kepada umum.

Selain itu Mahfuz berhujah, Musa yang ketika itu juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bukanlah pemangku Perdana Menteri pada hari kejadian itu berlaku. Musa juga berkata, beliau selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas peristiwa itu dan bersedia untuk mendedahkan fakta sebenar peristiwa Memali itu.

Selepas dari forum itu, Musa sekali lagi secara konsisten mengeluarkan kenyataan serupa melalui satu kenyataan kepada media.

"Maknanya kertas putih yang ditandatangan oleh Tun Musa Hitam yang lalu bukan fakta sebenar.
"Seolah-olah menggambarkan kertas putih ini dirangka dan dipaksa untuk dibentangkan oleh Musa. Kena tarik balik," kata Mahfuz pada sidang media selepas itu.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, paling tidak pun, Musa harus dipanggil semula menjelaskan fakta sebenar kepada anggota Dewan Rakyat. Jika berpuas hati dengan penjelas Musa itu kata beliau, barulah satu usul dibuat bagi menarik balik kertas putih yang lalu itu.

"Perdana Menteri Datuk Najib jangan takut untuk membetulkan pembohongan oleh Tun Mahathir.
"Kita minta bercakap benar sahaja," katanya. (HD)

1 comment:

megat panjialam said...

Memali - Untuk Apa Kertas Putih DiTarik Balik Kalau Tidak Disebut Langsung Siapa Yang Jadi PM Waktu itu ?

Sepintas lalu baca kepada mereka yang belum pernah baca apa yang terkandung dalam Kertas Putih Memali akan beranggapan seolah ada sesuatu yang mahu disembunyikan ..contohnya, kandungan Kertas Putih itu satu penipuan dan kerajaan tidak mahu ia didedahkan kepada umum. Kan ?

Setakat yang saya tahu melalui pembacaan, tidak ada disebut langsung di dalam Kertas Putih Memali akan siapa yang menjadi Perdana Menteri atau Pemangku Perdana Menteri ketika itu !

Malah Kertas Putih itu ditandatangani oleh Musa Hitam selaku Menteri Dalam Negeri bukannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Jadi apa kesannya 'pendedahan' Musa Hitam kepada apa yang tercatat dalam Kertas Putih itu ?


Mahfuz dan pemimpin2 pembangkang .....dan errr.... pemimpin2 kerajaan dah baca ke belum Kertas Putih Memali ? Atau dah baca tapi lamaaaaaaa dulu dan dah lupa ?

Kalau belum baca, anda boleh pergi ke - http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf

Sila lah baca kalau ada masa, dalam 10 minit jer. Bahasa mudah dan dalam bentuk penceritaan. Kenali siapa Ibrahim Libya dan urutan peristiwa sehingga tercetusnya Peristiwa Memali. Kemudian anda nilaikan sendiri - Perlukah ia ditarik balik hanya kerana persoalan apakah Perdana Menteri ada atau tidak ada di tanahair waktu itu ?

Sewajarnya diusulkan juga tentang kemana perginya Wang Tabung Memali dalam bentuk jutaan ringgit tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails