Inul Daratista
HALAMAN HIBURAN
JAKARTA: Penyanyi dangdut
Inul Daratista membuat keputusan untuk mengurangkan tarian goyangnya
selepas mendapati imej berkenaan tidak lagi bersesuaian dalam era muzik
kini.
"Inul berkata, irama dangdut ketika ini perlu tampil berbeza dan memadai jika goyangan itu hanya dilakukan secara asas.
"Cara goyangan ketika ini sudah berbeza. Dulu boleh lakukan 30 persen
goyangan tetapi sekarang ini sedikit pun tak apa. Muzik dangdut ketika
ini bukanlah menumpukan kepada goyangan semata-mata,” katanya seperti
dilaporkan portal
Inilah.com.
Aksi Inul ketika membuat persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2011.
Inul sebelum ini pernah dikenali kerana goyangan tarian dangdutnya yang
luar biasa sehingga dipanggil goyang gerudi dan popular dengan lagu Goyang Inul.
Bagaimanapun Inul berkata, dia masih mampu untuk menari seperti dahulu
tetapi membuat keputusan mengurangkan imej berkenaan bergantung pada
majlis yang dihadirinya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sampai bila negara umat Islam masih mengambil hiburan bermaksiat begini menjadi hiburan mereka? Orang Islam dipaksakan berhibur dengan sogokan selera iblis oleh pemimpinnya di negarnya sendiri. Pemimpinnya berperangai iblis mahu mengheraet rakyat ke neraka bersamanya? (IH)
2 comments:
takder ler minat goyang mcm tu, mcm org tak betui jer menari cam tuh ....
This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!
indonesia ni terlalu bebas sehinggga tiada moral.
Post a Comment