Wednesday, April 23, 2014

Mengapa TG N/Aziz Tak Makan Daging Rusa? -Dato Saifuddin Nasution


Siapa orang tua yang duduk di luar pintu ini? Sekali imbas, beliau seperti seorang tua yang hidupnya sebagai seorang penumpang.... tetapi orang tahu beliau adalah seorang bekas Menteri Besar Kelantan, dan seorang Mursyidul Am sebuah parti Islam di negara ini. 

Sekalipun bergelar Mursyidul Am, beliau tidak sombong untuk mengikuti kuliah yang disampaikan oleh orang lain malah khusyuk mendengarnya walau terpaksa bertimpuh di celah pintu.

Dato Saifuddin Nasution pernah bercerita:

"Ketika hadir di dalam satu majlis, Tuan Guru dihidang dengan makanan kelas tinggi termasuk daging rusa. Tapi Tuan Guru Nik Aziz sedikit tidak menyentuhnya".

Seseorang bertanya:
"Tok Guru tak makan daging rusa ke?"

Jawab Tuan Guru Nik Aziz;
"Ramai lagi rakyat di Kelantan tak merasai daging rusa. Kalau saya makan apa saya nak jawab dengan Allah di akhirat nanti."

[ADMIN fb MahaYusofII & GB]: Kehidupan TGNA telah memberi banyak motivasi kepada kita tentang hidup. Kuat ibadat bukan kepalang. Walaupun kurang sihat masih digagahi untuk terus bersama jemaah mengerjakan solat.

Terasa malu dan kerdilnya dengan diri sendiri bila berhadapan dengan keteguhan ibadat TGNA bersamaan usianya berbanding dengan umur kita.

Semoga Allah memberikan kebaikan dan keberkatan kepada TGNA di atas ilmu yang di sampaikan sama ada dari sudut ilmiah mahupun perbuatan...!

Namun ada juga golongan yang menghina TGNA seperti dicatatkan di dalam satu status di media sosial:
Kepada Rafael Bedal, semoga Allh SWT menganugerahkan taufik dan hidayah kepadanya. Amin!

No comments:

Post a Comment