Simferopol: Hingga
akhir - akhir ini , sebenarnya Ukraine masih menaruh curiga kepada
bangsa Tatar yang merupakan penduduk Muslim di Semenanjung Crimea . Kecurigaan itu berkaitan nasionalisme mereka kepada Ukraine . Ada
persepsi bahawa Tatar adalah bangsa yang dari dulu ingin memerdekakan
diri dari Ukraine , seperti pada abad - abad pertengahan dulu .
Demikian ditulis Mohammad Safwan Jolak , di Ukraine Press , Isnin ( 31/3/2014 ) yang lalu .Hal
yang membuat Tatar dizalimi dan diusir dari Semenanjung Crimea juga
adalah tuduhan " pengkhianatan " selama Perang Dunia II .
Pada
tahun 1944 , Kesatuan Soviet mengusir mereka dengan massa dan paksa ,
walaupun pada tahun 1967 parlimen Rusia memutuskan bahawa Tatar
sebenarnya tidak berdosa . Namun demikian , mereka tetap tidak dibolehkan kembali ke kampung halaman mereka .Kes
terkini , iaitu referendum perpecahan Crimea dari Ukraine , telah
menunjukkan kepada warga Ukraine siapa sebenarnya bangsa yang nasionalis
.
Mereka
baru menyedari bahawa Tatar Crimealah yang berjuang mempertahankan
Semenanjung Crimea tetap sebagai salah satu wilayah Ukraine . Bangsa inilah yang menolak dengan tegas semua langkah Rusia mencaplok kawasan strategik ini . Di antaranya , mereka memboikot referendum 16 Mac 2014 yang lalu .Beberapa kalangan pimpinan Tatar sendiri telah merasakan bahawa Kiev saat ini sudah merubah sikapnya .
Parlimen Ukraine secara rasmi telah menetapkan bahawa Tatar adalah penduduk asal Crimea . Status ini tidak pernah mereka dapatkan sejak Ukraine merdeka tahun 1991 yang lalu .Selama ini pelbagai masa pemerintahan Ukraine selalu mengabaikan hak - hak bangsa Tatar Crimea .
Mereka
sangat sungkan membincangkan tentang hak bangsa ini untuk kembali ke
kampung halaman dan mengembalikan hak - hak mereka yang sejak dulu
dirampas . Namun saat ini Ukraine nampak begitu memperhatikan mereka . Kerana
dalam fikiran mereka , hanya bangsa inilah harapan mereka bertahannya
Semenanjung Crimea menjadi sebahagian dari Ukraine . ( IH/msa / dakwatuna / ukrainepress )
No comments:
Post a Comment