Wednesday, April 30, 2014
Namanya 'Alic Aida' Macam 'Alqaeda'. Kerana Itu Dilarang Masuk AS.
MALANG betul nasib yang dialami oleh seorang perempuan Perancis bernama Aida Alic (33 tahun). Kerana memiliki nama macam organisasi Al -Qaeda, sebuah pertubuhan dituduh pengganas, dia dan keluarganya terpaksa batal menjalani seluruh AS.
Dilapor laman Dailymail, hujung minggu lalu , Aida berangkat dari Perancis melalui Swiss menuju ke New York, bersama suami dan kedua anaknya .Tiba di Genewa , tiba-tiba petugas imigresen tidak memberi izin melaluinya. Alic dan keluarga terpaksa membatalkan keberangkatan. Bila diselidiki, rupanya kerana nama di paspornya terbaca 'Alic Aida' mirip 'Alqaeda' .
Dia merasa kesal, kerana nama dia disebut Alitch. "Nama itu berasal dari Yugoslavia. Kerana nama itu pula, saya dianggap bersalah satu potensi berisiko," kata dia kesal.
Akibat tidak diizinkan masuk oleh petugas imigresen, Aida terpaksa merelakan dana senilai US43,800 terbuang sia-sia. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment