Sunday, April 20, 2014
Nelayan Selamatkan Wanita S'pura Yang Hilang.
Seorang penumpang wanita warga Singapura yang dilaporkan hilang semasa menaiki feri dari Malaysia ke Singapura kini berada di Batam selepas diselamatkan sebuah kapal menangkap ikan.
Dalam satu kenyataan lewat malam Sabtu, Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, mereka menerima pengesahan itu daripada Polis Pengawal Pantai selepas wanita itu diselamatkan. MPA berkata, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) kini membantu wanita itu pulang ke Singapura.
Wanita itu dilaporkan hilang ketika sebuah feri yang didafar di Singapura 'Sindo Empress' berlabuh di Terminal Feri Tanah Merah. Feri itu berlepas dari Tanjong Pengelih, Malaysia, pada 7.30 pagi.
MPA menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan menyampaikan penghargaan kepada Polis Pengawal Pantai, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Pelabuhan Batam dan Pusat Penyelarasan Menyelamat Tanjung Pinang atas bantuan mereka dalam operasi itu. – Bernama, 20 April, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment