ELLA atau pernah bergelar Ratu Rock Negara, Norzila Aminuddin, mengulas mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 yang hingga kini belum ditemui.
Gambar Ella bersama suaminya (tengah) di Mekah.
Menurut myMetro hari ini, Ella berkata, dia amat sedih dan simpati. Apatah lagi, katanya, ia amat dirasai kerana suaminya, Azhar Ghazali juga seorang juruterbang.
Ella berkata, sebagai isteri apa yang boleh dilakukan dia tetap menyokong karier suaminya.
Katanya, itu adalah dugaan Allah SWT dan dia hanya mampu memandang secara positif dan enggan mempercayai spekulasi. (IH)
No comments:
Post a Comment