
Dewan Seri Pinang di Pulau Pinang hari ini penuh sesak dengan anggota keluarga mendiang Karpal Singh, sahabat handainya dan ahli politik yang hadir untuk upacara penghormatan negeri kepada peguam tersohor itu.
Jumlah berkenaan meningkat kepada kira-kira 10,000 orang menjelang jam 10 pagi.
Perarakan yang membawa keranda Karpal Singh, yang ditutup dengan bendera negeri, tiba pada jam 8.15, dengan iringan ratusan kenderaan termasuk kereta, motosikal dan basikal.
Kesesakan itu bagaimanapun berjaya diatasi oleh ADUN Seri Delima yang turut mententeramkan keadaan.
Para hadirin seterusnya mengambil giliran untuk memberi penghormatan terakhir di tepi keranda Karpal dalam suasana penuh takzim.
Selepas penghormatan dari khalayak umum, upacara diteruskan dengan penghormatan dari Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri, agensi kerajaan, DAP, Pakatan Rakyat, parti politik lain dan juga pertubuhan serta anggota keluarga Karpal.
Selepas tamat upacara memberi penghormatan, mayat mendiang Karpal Singh akan diarak untuk perjalanan terakhir ke tempat pembakaran mayat di Bukit Gantang. (MK)
No comments:
Post a Comment