|
HALAMAN HIBURAN
KETIKA bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana pada
majlis kemuncak Kunci AM Krew di Berjaya Times Squre, Kuala Lumpur
baru-baru ini, dia tampil dengan berselendang.Ternyata, penampilan Fara sudah pasti menarik perhatian sehingga menimbulkan pertanyaan segelintir pihak. Malah, peminat sudah mula menyedari tentang perubahan penampilannya itu ketika muncul dalam rancangan Nona pada minggu lalu.
Lapor Kosmo! Online hari ini.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Fara pada mulanya seperti keberatan untuk bercerita dan lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri kerana bimbang dengan persepsi orang ramai yang berbeza. Mengakui dirinya masih belum lagi berhijab sepenuhnya sekarang ini, namun Fara tidak menafikan bahawa dia memang sudah ke arah untuk tampil dengan gaya seorang Muslimah.
Semasa ditanya, adakah sebarang perubahan berlaku sejak anda mula berselendang?
"Tidak dinafikan yang ia serba sedikit dapat mengubah karakter saya seperti percakapan dan perasaan. Misalnya, kini saya dapat mengawal kesabaran dan kemarahan saya. Selain itu, bos di tempat saya bekerja dan rakan-rakan penyampai juga banyak memberikan sokongan kepada saya terhadap perubahan ini." Jelas Fara.
(IH)
1 comment:
Kalau nak pakai macam tu xpayahlah, buat sakit mata! sama je ...baik xyah pakai. Gaya muslimah?
Post a Comment