Monday, April 21, 2014

Pertempuran Di Ukraine Ragut 4 Nyawa



SEORANG militan pro-Rusia berjalan melintasi sebuah kenderaan yang terbakar dalam satu pertempuran di satu sekatan jalan raya di kampung Bilbasivka di Slavyansk, Ukraine. 

SLAVYANSK - Tiga mili- tan pro-Rusia dan seorang penyerang maut dalam satu pertempuran bersenjata dekat bandar ini di timur Ukraine awal semalam, kata seorang pemimpin tempatan.

Pemimpin berkenaan, Vyatcheslav Ponomarev berkata, pertempuran itu berlaku di sebuah sekatan jalan raya yang dibina di kampung Bilbasivka yang terletak 18 kilometer dari sini. Kampung tersebut berada di bawah penguasaan militan pro-Rusia.

Pertempuran berlaku apabila sekumpulan lelaki tidak dikenali bertindak menyerang sekatan jalan raya tersebut. Militan-militan pro-Rusia masih menguasai beberapa buah kampung dan bandar di timur Ukraine walaupun satu persetujuan antarabangsa telah ditandatangani pada minggu lalu untuk menuntut mereka mengosongkan semua bangunan yang telah ditawan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa di Kiev memberitahu, mereka menggantung sementara operasi tentera ke atas kumpulan pemisah pro-Rusia sehingga cuti perayaan tempatan, Hari Easter berakhir hari ini.

Keputusan tersebut bagi memberi ruang kepada persetujuan tersebut dipatuhi oleh semua pihak.
Sementara itu, anggota- anggota pemisah pro-Rusia yang menguasai bandar ini meminta Moscow menghantar tentera pengaman bagi melindungi penduduk berbahasa Rusia di sini.

Mereka turut meng- umumkan perintah berkurung selepas pertempuran berkenaan telah meragut nyawa tiga militan pemisah. Permintaan untuk menghantar tentera pengaman Rusia itu dibuat oleh Pono- maryov semalam.

Beliau turut mengumumkan perintah berkurung di bandar ini yang dihuni oleh 130,000 orang.

"Perintah berkurung ini mula berkuat kuasa dari pukul 12 malam ini hingga 6 pagi esok (waktu tempatan)," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment