Tuesday, April 29, 2014

Pesta Seks Liar. Tiketnya Dadah RM300.


Gambar Hiasan 

PETALING JAYA: Bukan wang tunai, tetapi bekalan dadah bernilai RM300 menjadi 'tiket' untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertai pesta seks liar di sekitar ibu negara. Antara dadah popular yang ditetapkan penganjur adalah Eramin 5, ecstacy, ketamine, ganja dan methamphetamin.


Pengunjung pesta seumpama itu yang hanya dikenali sebagai Ryan, berkata wang tunai bukan suatu kemestian untuk menyertai parti itu kerana penganjur lebih berminat dengan dadah sebagai bayaran masuk.

"Penganjur akan memaklumkan kepada kami lebih awal," katanya.

Beliau yang berusia 33 tahun dan mula menyertai pesta seks sejak 10 tahun lalu, berkata amalan ini bukan baharu tetapi mudah bagi penganjur untuk menyembunyikan kegiatan seperti ini. Katanya, selain dadah, ada penganjur yang menggalakkan peserta pesta seks itu datang dengan separuh bogel kononnya supaya menepati tema.

"Biasanya wanita yang turut serta akan mengenakan pakaian ketat dan senteng," katanya sambil menambah ada pengunjung pesta itu dalam kalangan keluarga kaya dan anak orang ternama dan selebriti tempatan.

Katanya lagi, parti itu akan bermula dengan hidangan alkohol dan disusuli dengan dadah yang akan memudahkan mereka bergaul secara bebas. Seorang lagi pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, berkata mudah untuk mendapat teman wanita 'segera' jika berkujung ke pesta seumpama itu.

Setakat ini, polis masih menyiasat laporan mengenai pesta seks liar yang sedang dirancang di pangsapuri mewah dan premis tertentu, di empat bandar utama Semenanjung pada 4 Mei ini. (mStar)

No comments:

Post a Comment