ATAS alasan tiada wang untuk bayar kos sekolah dan peperiksaann , dua pelajar sekolah menengah di Kota Serang, Banten, Indonesia, nekad menjual diri ke lelaki hidung belang , melalui perantara seorang bapa ayam bernama Icha (20 tahun).
Namun , aksi ketiganya digagalkan polis , Isnin 7 April 2014 .
"Terbongkarnya kes yang melibatkan pelajar sekolah menengah (siswi kelas 3 SMA) tersebut berkat kerjasama antara masyarakat dengan pihak polis berkaitan tuduhan perdagangan anak di bawah umur yang meresahkan orang ramai, " ujar Kapolres Serang , Ajun Komisaris Besar Polis Yudi Abdullah .
Berdasarkan maklumat tersebut , lanjut Yudi , petugas polis yang berpura - pura sebagai lelaki hidung belang memancing Icha untuk menyediakan seorang perempuan sebagai hamba nafsu.
Gayung bersambut , pesanan tersebut disanggupi Icha tanpa curiga. Setelah sepakat harga , beberapa saat kemudian Icha datang dengan membawa dua perempuan ke salah satu bilik hotel yang disepakati .
"Saat menyerahkan 'pesanan' di salah satu hotel di Kota Serang , polis yang menyamar meminta wanita yang masih muda, " tutur Yudi .
Selepas memastikan dan meyakini Icha sebagai bapa ayam, pegawai yang menyamar langsung menangkap mereka . Icha mengaku sebenarnya tidak mahu menjual dua pelajar itu , namun mereka perlu wang untuk kos sekolah dan ke universiti.
Untuk sekali dating dengan dengan pelajar-pelajar itu , para lelaki hidung belang dikenakan kadar 550 ribu (kira-kira RM150RM) sekali ' main ' . Dari kadar itu Icha memotong Rp200 - 250 ribu , kira-kira hampir setengah dari harga tadi.
Dia juga mengakui sudah lama menjalani peranan sebagai bapa ayam . Daripada perniagaan itu , dia boleh mengaut keuntungan sehingga puluhan juta Rp untuk kos hidup sehari - hari .
"Tapi , saya baru sekali ini menawarkan 'gadis panggilan' (pelacur) di bawah umur , saya juga diajak teman namanya Abeng , " kata Icha yang juga mengaku kepada polis masih duduk di bangku sekolah.
Ini satu pembongkaran penyakit masyarakat yang ada pontensi menjangkiti negara ini, kalau tidak dibendung dan diawasi bersungguh-sungguh. (IH)
No comments:
Post a Comment