Seramai 20
wanita warga Vietnam disyaki bekerja sebagai GRO diberkas Ibu Pejabat
Kontinjen (IPK) Selangor dalam Ops Cantas Khas sebelum ini..
Tempat urut beginipun digunakan lesennya untuk kegiatan maksiat GRO
SABAK BERNAM – Tindakan pantas sembilan gadis pelayan pelanggan (GRO)
warga Vietnam menyembunyikan diri sebaik menyedari kehadiran polis
ternyata sia-sia kerana semuanya berjaya diberkas dalam operasi di
sebuah premis hiburan di Sungai Besar di sini awal pagi semalam.
Operasi bermula pukul 1 pagi yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah
Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis
Daerah Sabak Bernam itu dilakukan setelah mendapat aduan orang ramai di
sekitar kawasan tersebut. (Kosmo)
4 comments:
Jabatan-jabatan agama dinegara ni hanya buat kerja Amal Maaruf tapi tak berupaya buat kerja Nahi Munkar.Bukan sekadar isu pusat-pusat hiburan,pelacuran dan rumah-rumah urut aje,tapi individu,pertubuhan,kumpulan dan pihak-pihak yg bertentangan dan yg menghina Islam pun tak terdaya nak cegah dan ambil tindakan.Raja-raja Melayu yg kononnya jadi Ketua Agama dinegeri masing-masing tak pernah dengar pun membela,mempertahankan kesucian Islam apatah lagi bertindak mempertahankan syiar Islam.Ini hakikat.Hadith Nabi SAW:Katakan yg benar walau pun pahit.
Tahniah ibnu Hashim,krn anda byk war2 kan perkara yg batil dan porno,smg akan bertambah berluasalah perkara trsbt....berjuang bukan ikut akal dan nafsu...
segalanya berlaku kerana pilih Umno.
JATUHKAN UMNO SEGERA.
Tahniah Ibnu Hasyim. Teruskan amal makruf cegah mungkar dengan tangan, mulut atau hati.. Dengan hati itu selemah2 IMAN..
Teruskan.
Post a Comment