Pemakaian sendat Rabecca telah mendapat reaksi buruk daripada pengikutnya di Instagram.
HALAMAN HIBURAN
Rabecca , 28, berkata, dia kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan bahan kutukan.
“Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai.
“Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Selasa.
Rabecca meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya yang berpakaian seperti sejenis sut ketat berwarna merah dengan imej bertudung disebarkan kepada umum pada Ahad lalu. Gambar tersebut mengundang kritikan hebat daripada masyarakat sehingga dia disamakan seperti watak dalam cerita kartun Teletubies.
Pelakon itu turut dikecam memandangkan dia sebagai wanita yang bertudung tidak patut berpakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Dalam pada itu, Rabecca turut berkata, sebagai seorang wanita yang baharu berhijrah iaitu memakai tudung, dia juga sedang berusaha dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik.
“Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,” ujarnya. (msTAR)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam-macam cara ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting,
- "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." 103: Al-Asr.
5 comments:
'masyarakat luar mendapat dosa percuma'
Betul jugak cakap Rebecca ni. Dia dedah bentuk tubuh dia hanya untuk peminat yang eksklusif, yang private. Kita masyarakat luar ni mana diizinkan. Dah dosa free tuh!
Pastu dok kutuk2 dia pulak... Lagi dosa tuh!
So dia yang jadi mangsa kutuk dan fitnah ni akan dapat pahala... Lagi banyak Ibnu Hasyim muatkan hal teletubies Rebecca Al-Islam ni lagi banyak pahala dia dapat.
Lagi banyak aku sindir dan kutuk, lagi banyak pahala dia dapat.
Tuan Ibnu Hasyim funya fasal lah mengeluarkan cerita yang qarut marut ni yang sebabkan ana buat dosa, dan Rebecca Al-Islam fula dapat pahala. Wahai Tuan Ibnu Hasyim, anta ferlu tanggung ana punya dosa, anta ferlu tanggung siapa2 yang buat dosa dalam blog kefunyaan anta ini.
Ente mengata Tuan Ibnu Hasyim pun ente dapat dosa, dan ente sedeqah pahala ente sama Tuan Ibnu Hasyim.
Masya Allah, ente orang pemurah. Biar orang lain masyuk syurga, ente ke neraka..
pengikutnya tu muhramnya belaka ke?
Oooo....yg sebar gambar dapat dosa...tapi yang pakai baju sampai nampak lurah tu apa tak berdosa? Yg menyokong dan mempertahankan perbuatan kufur ini pun mendapat dosa seperti kamu wahai Qalam Qabut...amal tanpa ilmu maka rosaklah amal tersebut..sepertimana sand a nabi "umatku diakhir zaman mereka berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang.
Wahai Anon 7:51, janganlah mengata 'Yg menyokong dan mempertahankan perbuatan kufur ini pun mendapat dosa seperti kamu wahai Qalam Qabut'. Di mana aku menyokong dan di mana aku mempertahan?
Anon 3:24 pula mengata 'Ente mengata Tuan Ibnu Hasyim pun ente dapat dosa'. Lagi dosa untuk ana?
MasyaAllah...
Rebecca Al-Islam pula bergelumang dengan pahala?
Heh heh... Kalam aku kabur sangat ke?
Post a Comment