▼
Monday, April 14, 2014
S'ngor Negeri Kaya Pun Potong Gaji MB Dll, Bukan Macam BN...
Kerajaan Selangor memutuskan untuk memotong gaji menteri besar, exco, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan timbalan speaker selepas menerima kenaikan pada awal 2014, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri besar Selangor itu berkata, bagi gaji dan elaun menteri besar, kenaikan gaji kepada RM29,250 dipotong sebanyak RM15,074.86 menjadi RM14,175.15.
Katanya, gaji baru exco yang sepatutnya berjumlah RM20,250 pula dipotong sebanyak RM5,250 menjadi RM15,000.
Sementara Speaker DUN pula yang menerima kenaikan RM24,500 dipotong sebanyak RM7,500 menjadi RM15,000.
Timbalan Speaker DUN yang menerima kadar kenaikan gaji paling tinggi sebanyak RM15,750 dipotong RM3,750 menjadi RM12,000 .
Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikekalkan kepada RM11,250.
“Jumlah pemotongan gaji itu akan disalurkan ke dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya pada sidang DUN hari ini. – 14 April, 2014. (TMI)
Komen Weblog IbnuHasyim: Selangor negeri kaya pun potong Gaji MB, exco, speaker Dewan Undangan Negeri dan timbalan speaker. Hebatnya pimpinan negeri PR menjaga wang rakyat. Bukan macam pimpinan BN, hanyut dalam pembaziran wang rakyat.
Heh heh... Ini yang dikatakan otak juling!!!!!
ReplyDelete