Wednesday, April 16, 2014

Teresa Kok Menjadi Mangsa Terbaru Jenayah..

 

Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya. Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya. Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails