KECERIAAN jelas terpancar pada wajah salah seorang peserta. Acara pukul bantal diharap dapat mengurangkan tekanan mereka yang
tinggal di bandar-bandar besar di seluruh dunia sambil berseronok.
BERATUS-RATUS orang berkumpul di lebih 100 bandar raya di seluruh
dunia pada awal bulan ini bagi meraikan Hari Lawan Bantal Sedunia.
Sambutan tahun ini merupakan kali kelapan diadakan secara
berturut-turut yang disambut pada 5 April. Dalam acara ini, para peserta
akan memenuhi ruang awam untuk bertarung antara satu sama lain
menggunakan bantal. Di Washington, sekumpulan profesional muda yang dikenali sebagai
Capitol Improv menggunakan laman sosial untuk mengelola satu acara lawan
bantal secara besar-besaran di National Mall.
PARA peserta diwajibkan memukul bantal ke arah lawan masing-masing.
Acara yang berlangsung tepat pada pukul 2 petang itu, disertai
berpuluh-puluh ahli kumpulan tersebut. Mereka berlari secara
bertentangan di antara Monumen Washington dan Memorial Nasional Perang
Dunia Kedua sambil membawa bantal dan menjerit-jerit kegembiraan.
Pertempuran yang berlangsung itu berjaya menarik perhatian orang
ramai yang berada di taman tersebut. Bantal-bantal dipukul ke arah lawan
masing-masing, manakala isi kekabu atau bulu-bulu ayam berterbangan. Pada hari itu sahaja beratus-ratus biji batal telah pecah akibat pertempuran hebat ahli-ahli Capitol Improv.
Tarikan
Ketua pengelola acara tersebut, Oscar Soto berkata, acara itu telah
berjaya menarik lebih 500 pelajar dari dalam dan luar negara, golongan
profesional serta kanak-kanak.
KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan acara dengan berpakaian seperti adi wira Spider-Man.
Menurut Soto, tarikan sejagat terhadap acara lawan bantal telah
menjadi kunci kepada mereka untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.
"Semua orang mengingati detik seperti ini ketika bergelar kanak-kanak.
"Kini, setelah dewasa dan menetap di kawasan bandar seperti
Washington diharap acara ini dapat mengurangkan tekanan sekeliling,"
kata Soto.
Adegan yang sama turut berlaku di berpuluh-puluh lagi bandar lain di
Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Pihak penganjur menjadikan taman
permainan sebagai lokasi acara tersebut.
"Jika anda mahu acara lawan bantal di bandar anda, sila layari laman web, pillowfightday.com.
"Acara ini berlaku di seluruh dunia dan anda perlu menjadi sebahagian daripadanya," ujar Soto.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekadar memandang dan berfikir jauh, cuba tinjau-tinjau, apa hukumnya upacara ini dalam Islam. Kesan dan baik-buruknya kepada masyarakat. Perlu diawasi supaya jangan merayap masuk dalam negara umat Islan, kalau jelas membawa keburukan.
No comments:
Post a Comment