Thursday, April 17, 2014

Ustaz Don Jawab Wardina, Komen Diyana Ibrahim..



















Ustaz Don Jawab Kritikan Wardina.. Ini Jawapannya 
KUALA LUMPUR - Selepas dikritik secara terbuka di laman Facebook oleh artis, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal tampil menjawab dakwaan kononnya beliau tidak membuat rujukan sebelum membuat ceramah.

Mengakui terkilan dengan tindakan Wardina, Ustaz Don menegaskan, adalah tidak adil sekiranya beliau dinilai bersandarkan video yang diedit daripada ceramahnya sebelum ia dijadikan alat untuk menyerangnya secara keterlaluan. Sambil menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai berat, penceramah terkemuka itu mempersoalkan niat Wardina menggunakan maklumat-maklumat Internet untuk menghentam dirinya.

Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya.

“Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda”, kata Ustaz Don.

Beliau turut menyarankan supaya Wardina bertemu alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau Twitter. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain. Ustaz Don turut mempelawa Wardina hadir dalam ceramahnya, bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya bekas model itu tahu sepenuhnya apa yang beliau ingin sampaikan.

“Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.
"Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk, saya tidak tahu,” ujarnya lagi.

Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.

“Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.
“Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis,” jelas Ustaz Don.

Beliau menarik perhatian mengenai kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang cantik yang berkata, ‘Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.’

Ustaz Don turut menasihatkan semua pihak supaya datang sendiri ke ceramah beliau dan bukan membuat rujukan daripada video yang diedit untuk menimbulkan keraguan orang ramai. ~new malaysia post

Komen Diyana Ibrahim dalam The Malayisan Insider April 16, 2014
Status Facebook Wardina yang memaklumkan tindakannya bertanya sendiri kepada penceramah Don Daniyal bagi mendapatkan pengesahan butir ceramah yang dikatakan tidak berlandaskan Al Quran dan sunnah.  
Status Facebook Wardina yang memaklumkan tindakannya bertanya sendiri kepada penceramah Don Daniyal bagi mendapatkan pengesahan butir ceramah yang dikatakan tidak berlandaskan Al Quran dan sunnah. Selebriti, Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Don Daniyal apabila mendakwa kandungan ceramah yang disampaikan tidak sahih dan terlalu taksub pada kisah mistik serta tidak berpandukan pada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Wardina yang juga merupakan ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) menggesa kerajaan menyiasat kandungan ceramah tersebut kerana khuatir masyarakat Islam disogokkan dengan sumber cerita‎ tanpa rujukan.

"Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran," katanya yang dipetik melalui laman Facebook, Wardina Safiyyah Official Page.

Dalam akaun Facebook itu, Wardina menegaskan tegurannya itu dibuat kerana sayang pada agama. Setiap kandungan memerlukan hujah, dalil dan disiplin apatah lagi mistik tidak pernah dianggap sebahagian daripada Islam.

"Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ia berpandukan dalil Quran dan sunnah. Wallahualam," katanya.

Selebriti itu menulis status tersebut semalam dan turut berkongsi video ceramah ustaz tersebut‎ bertajuk kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniya‎l yang berdurasi hampir 20 minit itu.
Video itu memaparkan dakwaan Ustaz Don bahawa Imam Mahdi berasal dari Tanah Melayu.

"Saya tidak mahu cerita kosong sebab ini masjid negeri. Kot-kot saya salah maklumat‎, saya bagi tuan puan balik dengan fakta cari kalau saya salah nanti bagitaulah saya salah maklumat.
"Saya bagi contoh buka kitab hadis akhir zaman, Imam Mahdi ada penyokong Bani Tamin dari timur. Ulama mempersoalkan kena Bani Tamin yang diterjemahkan Tanah Melayu. Ini diskusi antara ulama. Bukan saya yang kata. Saya hanya sampaikan," kata Don.

Selain itu, Don menceritakan mengenai ‎kisah Brunei yang memanggil Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din untuk meneliti keaslian rambut Nabi Muhammad yang dibeli negara itu.

‎"Ingat satu masa dahulu famous tentang Datuk Haron Din berjumpa Rasulullah. Peristiwa ini selepas peristiwa itu, Datuk Haron dipanggil ke Brunei kenapa, kerana negara itu membeli sehelai rambut nabi.
"Bila saya kata membeli maknanya ada harga dan sehelai rambut nabi di zaman moden bernilai  RM4 juta. Panggil Datuk Haron untuk tengok sama ada asli atau tidak. Beliau guna lampu suluh, tidak ada bayang -bayang maka jelas ia asli," katanya.

Nama sebenar beliau, Don Daniyal Don Biyajid juga merupakan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Namun sejurus selepas kenyataan kritikan terhadap Don, Wardina diselar peminatnya kerana dianggap tidak layak untuk menegur penceramah berkenaan.

Wardina mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan beliau mempunyai hak bertanya sekiranya terdapat keraguan dan persoalan.

"Kita mempunyai hak untuk bertanya walaupun pada ustaz dan ustazah. Dari mana sumber ini, siapa berkata apa lanjutan cerita. Saya musykil dengan jawapan, boleh ustaz terangkan," katanya.

Susulan saranan peminat yang meminta Wardina bertanya secara terus kepada Don, beliau dalam status terbarunya berkata akan cuba bertanyakan hal itu secara peribadi.

"Saya akan bertanya pada Ustaz Don secara personal. Sudah hantar email pun, semoga saya dapat mewakili ribuan orang awam yang juga keliru," katanya.

Wardina juga berkata, tegurannya itu adalah kerana beliau bersangka baik dan tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengaitkan sesiapa.

"Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan tiada langsung. Video itu bukan aib, ia adalah ceramah ustaz. Mungkin orang yang muat naik khuatir dengan isi penyampaian," katanya.
“Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.
“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan penyampaian yang tidak sahih daripadanya.” – 16 April, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

ustz don jgn ikut melatah .jawap je secara berilma kdg2 teguran wanita ni boleh jadi racun pun boleh jadi madu..manusia2 diluar sana bermcm ragam dan bermcm kerenah kena ingat dan waspada selalu..lebih2 lagi ustz sebagai penceramah ISLAM..kena teguh padu dan bersedia dgn serangan musuh2 dari kalangan kafir dan orng2 Islam sendiri.pesan saya jgn le ikut terguris..terangkan secara penceramah ISLAM yg jitu..klu ada kesilpan jgn takut utk mengakui kesilapan..ktia sokong orng ISLAM yg berdakwah demi ALLAH.
Teruskan jgn pernah takut kepda mahkluk..ALLAH maha KUASA mahkluk tiada kuasa

Anonymous said...

Assalamualaikum. Wardina bukan menuntut ilmu agama. Dia baru belajar agama. Dia model, pelakon. Biarlah. Dia cuma popular dlm dunia lakonan. Sedang sambung belajar. Tak mahu duduk di malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails