Selangor nampaknya sedang dalam dilema tentang siapa yang patut memimpin negeri terkaya di Malaysia itu sebagai menteri besar, dengan PKR mahukan “Langkah Kajang” diteruskan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala PAS pula lebih senang mengekalkannya untuk penggal kedua ini.
Mesyuarat khas antara pimpinan tertinggi PAS dengan Adun dan ahli Parlimen PAS Selangor Isnin lepas, seolah-olah lebih cenderung mengekalkan Khalid sebagai menteri besar dengan alasan, "apa dosa Khalid sehingga mahu ditukar."
Namun keputusan mesyuarat itu akan dibawa kepada AJK PAS Pusat untuk diperbincangkan lagi 12 April ini. DAP pula dikatakan sudah mengambil keputusan secara majoriti bahawa menteri besar Selangor perlu ditukar dan Dr Wan Azizah adalah antara calon yang mereka terima di samping seorang calon daripada PAS.
Ketua Wanita PKR Pusat, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam wawancara dengan The Malaysian Insider minggu ini berkata, Khalid perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Presiden PKR, Dr Wan Azizah.
Zuraida berkata, wujud desakan kuat daripada akar umbi yang mahukan Dr Wan Azizah menjadi wanita pertama dalam sejarah memegang jawatan tersebut sekaligus menjadi “orang tengah” meredakan ketegangan antara parti dengan kerajaan negeri.
Pandangan ini disokong seorang pemimpin PKR yang rapat dengan Anwar yang berkata, "Langkah Kajang tetap berjalan cuma kita perlu mendapat sokongan penuh daripada Pakatan."
Bagi beliau, cadangan Dr Wan Azizah adalah yang terbaik cuma beliau tidak mahu ia menyusahkan PR.
"Kalau calonnya Anwar Ibrahim, kita akan 'all out' kerana tahu hasilnya," kata beliau, salah seorang pimpinan yang sangat rapat dengan Anwar dan berada di belakang Langkah Kajang itu.
Pandangan itu disokong oleh AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
"Bagi saya, keputusan siapa MB Selangor perlu diputuskan dalam Majlis Pimpinan PR. Setiap parti boleh membuat cadangan namun calonnya perlu mendapat sokongan semua pihak dalam Pakatan," kata Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.
Buat masa ini, katanya, PAS nampaknya tidak berminat untuk menamakan pemimpinnya sebagai menteri besar.
Dr Wan Azizah memulakan tugas rasminya sebagai Adun dan menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 selepas upacara angkat sumpah di hadapan Speaker Selangor Hannah Yeoh, Isnin lepas setelah menang PRK Kajang.
Zuraida berkata, sudah tiba masanya Khalid berundur memandangkan percaturan sudah dibuat walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac lalu.
"Langkah Kajang perlu diteruskan dan Wan Azizah harus dilantik sebagai menteri besar Selangor," katanya dalam satu temubual dengan The Malaysian Insider.
Langkah Kajang adalah usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi DUN Kajang dan seterusnya mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Khalid.
Namun Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara untuk beliau selepas didapati bersalah meliwat pembantunya.
Ekoran itu, beliau tidak layak bertanding dan digantikan oleh isteri beliau, Dr Wan Azizah lalu menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.
"Meletakkan Wan Azizah mungkin boleh meredakan keadaan dan memperbaiki semula perhubungan antara parti PKR di Selangor dengan kerajaan negeri," katanya.
Beliau juga yakin dengan kemampuan Dr Wan Azizah memegang tampuk pentadbiran negeri berdasarkan prestasi rekodnya menerajui parti semasa Anwar berada di penjara pada 1998 dan masih bertahan menjadi presiden selama 15 tahun. Dr Wan Azizah juga dilihatnya mampu menepis serangan Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor dengan bantuan akar umbi dan parti lain dalam PR yang bekerja sebagai satu pasukan.
"Insya-Allah dia boleh laksanakan. Dia layak dan kita akan bantu dia untuk semua bidang sebagai satu pasukan.
"Kita tak mahu lagi menteri besar yang membuat keputusan secara sebelah pihak sahaja. Kita perlukan menteri besar yang boleh bekerja sebagai satu pasukan dengan sokongan yang kukuh," katanya.
Ditanya mengenai punca ketegangan antara parti dengan kerajaan negeri, Zuraida mengakui perkara itu semakin melarat disebabkan tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pemimpin yang tidak mahu mendengar arahan parti.
"Perselisihan faham dalam parti itu perkara biasa tetapi bila sesuatu keputusan yang dibuat parti tidak diikuti, itu satu perkara yang sangat serius dan harus dikenakan tindakan disiplin apatah lagi sudah berkali-kali perkara sama terjadi," katanya.
Katanya, wujud rasa terkilan apabila sering kerajaan negeri membuat sesuatu dasar tanpa merujuk pandangan ahli Parlimen, Adun, ahli majlis dan pimpinan parti peringkat Selangor. Timbalan Pengerusi PKR Selangor itu berkata, pihaknya cuma mahu kerajaan negeri mendengar beberapa pandangan dan cadangan yang boleh dipertimbangkan agar kerajaan negeri PR dapat menunjukkan pretasi lebih baik.
Tegasnya, Khalid perlu sedar jawatan menteri besar adalah keputusan parti dan bukan milik eksklusif individu tertentu.
"Kami yang meletakkan menteri besar di situ, bertungkus lumus berkempen dengan jentera parti tapi akhirnya pandangan kami langsung tidak diambil kira," katanya. – 10 April, 2014. (TMI)
jgn sampai PR pecah,nanti kamu ahli politik akan di sumpah seranah oleh rakyat,rakyat kecewa kam u org2 politik berebut kuasa,kamu zuraidah...org semuja tahu kamu org azmin,ingat akan masa depan rakyat...sedar lah dan jgn angkuh
ReplyDeleteumno jer berebut kuasa...pkr tak...umno jer tak pandai tutup pekung didada...pkr tak....
ReplyDeletepastu gunakan duit yg amerika beri...antor sms atau twitter buat fitnah kata kjaan BN nak naik ni nak naik itu utk alihkan pandangan
ReplyDelete