SEBAHAGIAN mereka yang ditahan di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri di George Town semalam.
GEORGE TOWN – Keghairahan sambutan hari jadi yang berlangsung di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri di sini terbantut, selepas 88 orang termasuk 16 pelajar yang sedang berpesta dalam keadaan mabuk dan khayal dicekup polis selepas mengepung rumah itu.
Semasa serbuan pada pukul 2.45 pagi oleh pasukan polis Narkotik, rata-rata muda-mudi yang berumur antara 16 dan 35 tahun itu dalam keadaan separuh sedar dipecayai akibat minum minuman keras atau dadah selain bunyi muzik yang kuat.
Mereka yang ditahan itu membabitkan 86 remaja Melayu dan dua Cina. Selain itu, ketika ditahan hampir kesemua peserta wanita hanya berseluar pendek dan baju tanpa lengan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setelah setengah abad merdeka, inikah bentuk Melayu yang terwujud setelah puak-puak nasionalis (UMNO/BN) memerintah. Beginikah bentuk Islam yang dibawa UMNO? Melayu jenis apa ini?
- Sambut hari jadi bukan cara Islam atau bukan cara bertamaddun.
- Berpesta dalam keadaan mabuk dan khayal. (hilangkan akal dengan minum arak)
- Rata-rata muda-mudi yang berumur antara 16 dan 35 tahun itu dalam keadaan separuh sedar dipecayai akibat minum minuman keras atau dadah selain bunyi muzik yang kuat.
- Kesemua peserta wanita hanya berseluar pendek dan baju tanpa lengan. (berpakaian tetapi telanjang)
- Berideologi bebas yang terbabas.
No comments:
Post a Comment