PETALING JAYA: 22 dari 35 Cabang PKR akan membuat pemililah semula di semua peringkat, manakala selebihnya hanya membabitkan beberapa jawatan sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu, pemilihan semula ini dilakukan berikutan terdapat beberapa insiden yang melanggari etika pemilihan dan pelembagaan parti.
"Kita telah putuskan pemilihan semula di 35 Cabang yang membabitkan beberapa buah negeri.
"Kita turut menetapkan pada 22 Jun nanti proses pemilihan ini akan selesei sepenuhnya," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Beliau turut memberi amaran agar mana-mana cabang yang membuat pemilihan semula perlu memastikan segala arahan dan peraturan keselamatan dilakukan dengan baik.
"Kita kali ini tegas, untuk pemilihan semula setiap cabang perlu memastikan kejadian sebelum ini tidak lagi berulang dan jika ia berulang kita tidak teragak-agak untuk mengantung cabang berkenaan.
"JPP akan memasang beberapa alat perakam video bagi merakam setiap aktiviti yang berlaku, dalam masa yang sama kita turut meminta calon menyediakan alat perakam video mereka sendiri," sambung beliau.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turut memberitahu JPP memberi keadilan yang sepenuhnya kepada setiap aduan yang diberikan sepanjang proses pemilihan parti.
"Beri kita masa untuk meneliti setiap aduan yang dilaporkan kepada JPP, kita memberi peluaang pada pengadu dan yang diadu.
"Melalui aduan ini kita mengadakan proses pendengaran sepertimana Suruhanjaya Di Raja (RCI), pengadu akan menceritakan apa yang mereka laporkan dan begitu juga mereka yang diadu.
"JPP akan meneliti sepenuhnya sebelum membuat keputusan, pada akhir pendengaran itu kita meminta kedua-dua pihak menerima keputusan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan itu tidak memihak mana-mana individu," kata beliau. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
No comments:
Post a Comment