KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan memecat empat anggota parti itu manakala sebelas orang lagi digantung keanggotaan.
Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong, keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota sepanjang berlangsungnya pemilihan parti itu.
Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 20hb Mei 2014, yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.
Mereka yang dipecat, Radin Sharifuddin Mohamad Yasin dari Cabang Selayang kerana merempuh masuk ke dewan pengundian dan merampas kotak undi sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang berlangsung pada 11hb Mei 2014.
Kumar Guru A/L Retnasamy dari Cabang Alor Setar dipecat kerana Sewaktu proses pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014, beliau telah mengambil beberapa kertas undi yang ditanda sendiri oleh beliau dan telah memasukkan kertas-kertas undi tersebut ke dalam peti undi walaupun beliau bukan anggota Cabang Kota Raja.
Anggota PKR dari Cabang Hulu Selangor, Zulkifli Abdullah turut dipecat kerana beliau telah menjerit dan menuduh TS Abdul Khalid bin Ibrahim dengan kata-kata 'rasuah' dan 'penipu' selepas sidang media Ketua Umum bersama calon-calon Timbalan Presiden pada 16 Mei lalu.
Manakala Ahmad Jufliz Datuk Faiza dari Cabang Setiawangsa dilucutkan keanggotaan kerana tidak mengendahkan amaran tatatertib yang dikeluarkan Lembaga Disiplin dan terus mengkritik parti secara terbuka.
11 orang lagi diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta merta sehingga siasatan selesai. Iaitu lima anggota daripada Cabang Selayang dan enam daripada Cabang Kota Raja serta seorang daripada Cabang Hulu Selangor. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada yang menyebutkan 'puak-puak Islamik' dalam PKR telah tersingkir habis dari kepimpinan? Rasuah dicelah-celah ke'boleh'an menurut perundangan parti? Samseng atau gangstarism? Entah apa-apa lagi... seolah-olah PKR diambang kehancuran?
Semoga khabar ini tidak benar belaka.
Tahniah Pimpinan PKR kerana berani ambil tindakan terhadap ahli2 yang tidak disiplin.
ReplyDeleteBiar ahli berkurangan asalkan prinsip keadilan dipertahankan.
tahniah PKR semua mahkluk2 tersebut adale "musuh2 dlm selimut" yg ditanam utk menghancur dan membuat onar dlm parti..
ReplyDeletePKR kena sedari dlm kancah politik yg tak telus kena hati hati selepas bebrapa insiden..kejadian mahkluk2 yg memang ditaja utk mengkucar kacirkan parti..( dari ezam n the gang Perak and the gang..firaun kecil..hassang ali...etc..)
celaka kpd mereka2 yg menjadi musang berbulu babi...
teruskan perjuangan demi AMANHA dan keadilan
diharap tuan punya blog IH jgn le jadi lidah pencacai karat biru .bersama le demi keadilan dan keselamatn negara
Senang-senang level rakan sendiri pecacai, itu sebenarnya musuh dalam kain selumit.. musang berbulu...
ReplyDelete