▼
Sunday, May 25, 2014
81,897 akan pilih wakil Bukit Gelugor hari ini
GEORGE TOWN: Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Buki Gelugor akan berlangsung hari ini. Seramai 81,897 pengundi berdaftar akan menentukan siapa calon pilihan mereka bagi mewakili suara mereka ke parlimen nanti. Sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka hari ini dengan kesemuanya 139 saluran mengundi.
Calon DAP Ramkarpal Singh Deo, dilihat mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kerusi ini sekaligus meneruskan legasi bapanya mendiang Karpal Singh. Tiga lagi calon lain yang turut merebut kerusi ini termasuk Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Abu Backer yang juga calon penuh kontroversi bagaimanapun semalam mengumumkan menarik diri pada saat akhir. Penarikan diri itu bagaimanapun menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah kerana nama calon bertanding telah dicetak pada kertas undi.
Keputusan bagi PRK ini dijangka bakal diketahui sewal jam 9 malam ini. Kawasan Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,431 pengundi berdaftar semuanya, dengan 148 adalah pengundi awal yang telah membuang undi Rabu lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Bekas Pengerusi DAP Karpal Singh menang kerusi tersebut dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. - HARAKAHDAILY 25/5/2014
No comments:
Post a Comment