Thursday, May 22, 2014

Abu Backer Akan Saman Guan Eng Atas Kecederaannya.

PRK Bukit Gelugor: Abu Backer Buat 'Drama' Lagi
 
GEORGE TOWN: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Perlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan sekali lagi membuat 'onar' apabila tidak muncul pada sidang media yang dijanjikan.

Tindakan tersebut mengundang kecaman daripada pihak media  yang menunggu selama setengah jam di lobi Hospital Loh Guan Lye di Jalan Macalister di sini. Lebih buruk, media turut diminta oleh pihak hospital supaya beredar dari kawasan tersebut.

"Minta maaf, pihak media tidak dibenarkan untuk berada di sini. Sebarang sidang media juga tidak dibenarkan untuk diadakan di sini kerana takut mengganggu pesakit lain," kata jurucakap hospital tersebut.

Terdahulu, Abu Backer, 46, memaklumkan kepada media untuk mengadakan sidang media mengenai perkembangannya di lobi hospital. Namun, kelibat beliau yang ditunggu-tunggu sejak pukul 4.30 petang tidak kelihatan, malah mesej yang dihantar menerusi aplikasi Wassapp turut tidak dibalas. Menurut jurucakap hospital, Abu Backer dinasihatkan doktor supaya berehat dan tidak dibenarkan untuk bergerak dan banyak bercakap.

Sementara itu, difahamkan beliau mengalami jangkitan paru-paru selain patah tulang pinggul dan retak tulang rusuk selepas mendakwa 'dilanggar' kereta Ketua Menteri Lim Guan Eng di perkarangan DUN Pulau Pinang petang Selasa.

Beliau turut mendakwa akan menyaman Guan Eng atas kecederaan yang dialaminya itu. Abu Backer yang menunggu di hadapan pintu utama DUN sejak pukul 12.30 tengah hari Selasa bertindak merempuh kereta dinaiki Guan Eng sebelum terjatuh di atas jalan raya. Beliau menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang sebelum dibawa ke sebuah hospital Loh Guan Lye lewat malam Selasa.

Sementara itu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh yang mengulas mengenai kejadian tersebut berkata Abu Backer tidak melakukan sesuatu yang menyalahi  undang-undang pilihan raya. Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Itu adalah cara dia (kempen) jadi tiada tindakan undang-undang SPR akan diambil," kata beliau ketika ditemui di Balai Polis Air Itam pada Rabu. (mStar)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

  1. mamak semakin gilaaaa.....spesies mamak menddeliar strike back.....bikin onar bodoh.....sendiri buat...sendiri marahkan org.....bodoh tahap gaban

    ReplyDelete
  2. mendeliar buat onar..loyar burok nak tengok sampai mana keberanianya...buat salah sendiri orng lain yg dipersalahkan...keta pun tak sentuh dier dia yg dtg sentuh keta apalah BODOH sangat..
    nak bodek mendeliar style ke?
    manusia mcm ni tak bertemu dgn yg sebuku dgnya klu ketemu baru tahu tinggi langit dlmnya lautan HINDI
    Sejarah tanah air melayu berulang ulang bial ada mendeliar ni..dier fikir rakyat semua Bodoh ke? INSYALLAH nnt je le kesudahan cereka yg dibuat buat ni ,,,nnt ALLAH beri yg benar2 SAKIT ..baru padan muka tak sembuh2...BODOH punya loyar
    dia fikir rakyat bersimpati??? jauh sekali makin benci dgn sumpahan adalah...fikirle sendiri...

    ReplyDelete